qarmyla.blogdrive.com
http://qarmyla.blogdrive.com




missmanja
December 20th 1980  (Age 27)
Female
Johor Bahru




KliK UtK AFUNDI YAN!!


OrG TgH OnLiNe



Website Counters

Image hosted by Photobucket.com

~ YAN ~ ~ 20 DIS 1980 ~ SINGLEJOHOR BAHRU SECRETARIAL ASSISTANTSULONG DARI DUA BERADIK

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



||KriSDayANti||


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


SUDUT TELENOVELA
HELAIAN RINDU
nukilan ~ maya qarmyla


BAB I
BAB II
BAB III
BAB IV
BAB V
BAB VI
BAB VII
BAB VIII
BABAB (abis dahla..)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


KENYIR JOURNEY
8,9 & 10 ApRiL 2005


PART 1 ~ penantian dan perjalanan
PART 2 ~ nasi dagang, malam yg panjang & sepagi di kuala berang
PART 3 ~ yuhuuuu badak berendamm
PART 4 ~ BBQ ikan baung
PART 5 ~ Perpisahan


Sahabat2 Kenyir Journey
- all from mesra.net -
Image hosted by Photobucket.com




<< April 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30







--------SamuelrizaL--------




jOm BoRaK dEnGaN yAn!!










KUKATAKAN DENGAN INDAH - PETERPAN

kukatakan dengan indah
dengan terbuka
hatiku hampa
sepertinya luka
menghampirinya

kau beri rasa
yg berbeda
mungkin kusalah
mengartikannya
yang kurasa cinta

* tetapi hatiku
selalu meninggikanmu
terlalu meninggikanmu
selalu meninggikanmu

** kau hancurkan hatiku
hancurkan lagi
kau hancurkan hatiku
tuk melihatmu

kau terangi jiwaku
kau redupkan lagih
kau hancurkan hatiku
tuk melihatmu

back to *

membuatku terjatuh
dan terjatuh lagi

** membuatku merasakan
yang tlah terjadi
semua yang terbaik
dan terlewati
semua yang terhenti
tanpa kuakhiri





YM ID ~
maya_qarmyla

EMAIL ME ~
untapasir@yahoo.com

ADD FRIENDSTER ~
untapasir@yahoo.com






~.:JENGUK SAT:.~

.::esquento::.
.::atok::.
.::dadasweet::.
.::sumie::.
.::fairy::.
.::lang::.
.::shah::.
.::boss::.
.::lin::.
.::ND::.
.::aIn::.
.::zam::.
.::nani::.
.::kewl::.
.::huder::.
.::chesiti::.
.::moncherie::.
.::moghammer::.
.::sultanmuzaffar::.




~.:PORT BIASE YAN:.~


@YAHOO
@MeSrA
@DoWnLoAd
@SpEeDfInGeR
@SuRvIvOr
@AF
@MP3
@MP3
@LyRiCs
@SMTPJB97 (lum siap g)




~.:UPLOAD:.~


@OnFuEgO
@yOuTuBe
@GrEaTeStJoUrNaL
@SpYmAc
@PuTfIlE




~.:MILIKKU:.~



@FoToPaGe
@PhOtObUcKeT
@FreEwEbToWn








~|EDISI BERANGAN YAN versi JANUARI|~

~ balik kg toknek

~ keje keje keje..

~

~|MY FUTURE PLAN & DREAM|~

~ set up accounting firm..
or
~ buka tuisyen center..


Image hosted by Photobucket.com
CHARMED


Image hosted by Photobucket.com
SO LITTLE TIME


Image hosted by Photobucket.com
ONE TREE HILL


Image hosted by Photobucket.com
SCRUBS


Image hosted by Photobucket.com
ROSWELL


Image hosted by Photobucket.com
ED


Image hosted by Photobucket.com
8 SIMPLE RULES FOR DATING MY TEENAGE DAUGHTER










BLOGDRIVEMYSHOUTBOX
EASYHITCOUNTERSMALAYSIATOPBLOGS

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






Monday, April 11, 2005
BAB VI

“Hai………” Tegurku..
“Ko?”
Air mukanya berubah tatkala ternampakku..

“Siapa tadi??”
“Siapa mane??”
“ermmmm….. yang hantar ko tadila..”
“Owhh yg tadi……. Why???”
“Mesra nampak…siap peluk cium..”
“eh…. Its none of your business ok…”
“Kenapa pulak… ko masih tunang aku.. Ko ingat aku tak berbulu biji mata tengok adegan romantic korang tadi..”
“Excuse me… bekas tunang..”
“Bekas?? Then why ko masih pakai cincin tunang kita??”
“Hubungan kita dah lama berakhir.. Ko yang masih tak sedar2 lagi… Kalau cincin nilaa jadi masalah kat ko.. ko boleh amik baliklaaa!”
Shima segera menanggalkan cincin dijari manisnya.. Dan membalingnya kearahku. Darahku menyirap seketika.. tapi terpaksa kutahan takut api kemarahanku pula yg naik.

Aku masih ingat macammana marahnya Shima padaku dulu. Dia ingin memutuskan hubungan kami, keenggananku membawanya datang ke ibukota ini.. Apa tidaknya, setiap hari aku merayu Shima menerimaku kembali.. Aku tahu Shima benar-benar marah. Dia membawa diri ke Kuala Lumpur semata-mata ingin mengelak dari bertemuku..

“Alaa Azi.. Aku tahu ko masih sayang dan cintakan akukan??”
“Jangan panggil aku dengan nama tu..”
“Kenapa?? Aku suka panggil ko dengan nama tu…”
“sebab aku tak suke ko dan aku tak suke apa-apapun yg berkaitan dengan ko..”
“Jadi ko sukalah kat mamat tadi?? Kira dah sehati sejiwa sangatlaa nih..” Soalku separuh mengejek
“Ko piker aku tak boleh hidup tanpa ko ke??.. Tolonglaa balik… balik sekarang jugak!!..” Dia mula memerintahku.. Matanya merah bagaikan singa yang sedang marah.

“Aku sebenarnye nak ke Ampang.. terlanjur plak jumpa ko dengan mamat puitis tu kat sini”
Aku mencipta alasan sedang pada hakikatnya aku memang menunggunya sejak petang tadi lagi. Sambil itu aku melutut untuk mengambil kembali cincin yg telah dibuang tadi.

“Ape maksud ko..?”
Aku bangun mengadapnya semula. Kami bertentangan mata buat seketika. Aku tunduk kerana takut dengan panahan matanya.

“Aku tahu dia penulis dalam Majalah Enigma keluaran Create Art Enterprise.. betul tak? Ko pun tahu aku tak pernah silap..” Aku nampak Shima seakan terkejut. Mungkin tak menyangka aku tahu tentang tu.

“Lagi apa ko tahu?”
“semuanyaa…” Balasku pendek.

Dia mengerut dahi.
“Jadi??”
“Aku rasa ko tak sesuai dengan dia…”
“Siapa ko nak tentukan siapa yg sesuai & siapa yang tak sesuai dalam hidup aku?”
“Ko tak cintakan dia… ko cintakan aku kan??”
“Stop it!!!” Shima mula meninggi suara.

“Baliklaa pada aku Azi….. Kita bina hidup baru… tinggalkan KL.. Kita betulkan mana yang tak betul dulu..” Aku cuba meraih simpatinya. Aku merapatinya. Dari airmukanya aku tahu.. Shima masih menyintaiku.

“Kalau ko baru nak menyesal sekarang… ko dah terlambat..”
“Kenapa?” Kata-kata Shima menimbulkan kemusykilan dibenakku.

“Kalau sebelum ko ditangkap dengan janda dulu ko dah insaf… aku takkan berada disini.. dan hubungan kita takkan jadi macam ni.. Sudahlah Am.. aku dah ada Fitri… Tolong jangan ganggu hubungan kami..”
“Atau ko cemburu hubungan aku dengan Dayah.. sebab tu ko pilih Fitri??”
“Fitri takde kene mengena dengan orang lain.. Aku doakan ko bahgia walau siapapun pasangan ko.. apelagi Dayah..” Dia merenungku.

“Azi… Am tau Am buat silap.. Sejak Am jumpa Azi semula… Hidup Am jadi tak tentu.. Am rindukan Azi.. Am tak boleh berhenti dari memikirkan Azi setiap hari..”
Tuturku lembut. Aku menyentuh jemarinya yg halus itu.. Dia diam tidak membantah.

“Am dah buat keputusan.. Am benar-benar ingin kembali.. Berila Am peluang.. Am janji ini yang terakhir.. dan Am takkan sia-siakan Azi lagi.. Beri Am satu lagi peluang Azi.. Pleasee….” Aku mencium jemari itu.. Airmatanya mula menitis. Aku terharu menyaksikan seulas bibirnya yang menguntum senyum… Manik-manik jernih yang turun dipipinya kuseka.. Wajah inilah yang aku rinduinya sejak 3 tahun dulu…

Aku kecewa bila mendapat tahu Azi sudahpun pergi.. Sudah puas aku merayu dan memujuknya.. tapi dia langsung tak mengendahkanku.. Sudah acapkali kuterangkan padanya bahwa aku telah diperangkap oleh Kamalia, seorang Janda yg agak berusia dariku.. Memang benar kami ada hubungan tapi sekadar kawan biasa. Aku tak nafikan aku pernah keluar bersamanya.. Aku juga tak dapat nafikan yang Kamalia menyukaiku, tapi aku menolaknya secara baik kerana aku sudah bertunang.. Dan mungkin kerana itula dia memerangkapku. Malam itu aku diundang kerumahnya kerana katanya ada kenduri. Tapi waktu aku sampai disana.. suasananya tidak seperti kenduri.. malah seorang tamupun tiada..

“takpela u duduk dulu.. kejap lagi mungkin imam dan org kampong yang lain sampai..”

Kemudian Kamalia meminta diri kerana ingin mandi. Selang beberapa minit, aku mendengar orang memberi salam. Memang benar pak imam dan orang-orang surau datang... tapi bukan kerana kenduri.. sebaliknya kerana ingin menangkap kami.. Kami ditangkap dalam keadaan Kamalia yg sedang berkemban. Kami dituduh berkhalwat. Aku hamper-hampir ingin mengamuk kerana tak menyangka dia sanggup memperlakukan aku begitu. Aku cuba menerangkan kepada Azi tapi dia sudah tidak mempercayaiku. Jangan kata untuk mendengar, memandang akupun dia tak sudi. Ahli keluargaku juga menyalahkanku. Aku tertekan tambah-tambah lagi selepas pemergian Azi..

Kami akhirnya dibicarakan. Namun nasib menyebelahiku. Kamalia mendakwa aku menggoda dan mengajaknya membuat hubungan. Tapi tiada bukti yg sahih untuk memperkukuhkan dakwaannya itu. Tambah pula aku ditangkap dalam keadaan diriku yang lengkap berpakaian.. Aku datang kesana berbaju melayu dan berkupiah. Syukur juga kerana aku tidak perlu berkahwin dengannya. Tapi Azi tak mengetahuinya. Aku cuba menjejakinya melalui ahli keluarganya, tapi mereka tidak mahu membantuku dengan alasan Azi tidak mahu bertemuku lagi.

Aku tahu kekecewaan yang Azi alami. Tapi dia tak pernah tahu aku lebih2 lagi kecewa kerana kejadian itu.

Setahun kemudian, aku berkenalan dengan Dayah di sebuah coffee house.. Dayah seorang gadis yang lemah lembut dan amat menghormatiku. Aku bercadang ingin memperisterikannya. Tapi takdir menentukan.. akhirnya aku bertemu semula Shima atau Azi, nama yang kupanggil suatu tika dulu. Aku kembali keliru samada untuk meneruskan hubungan dengan Dayah atau kembali kepada Azi. Kekeliruanku jadi tambah bersarang pabila melihat sikap Azi yang bagai membunuhku. Renungannya.. senyumannya.. seolah2 menyindirku. Sudah pastinya Azi lebih tahu lauk kegemaranku ‘gulai tempoyak ikan patin’ maka kerana itu dia memasakkannya untukku sewaktu makan malam dirumah mereka dulu..

Untuk membuang segala kecelaruan.. Aku tinggalkan Dayah buat seketika.. Aku kembali kepada perangai lamaku. Keluar dengan setiap gadis yang baru kukenali.. Ya, aku akui… bukan ini penyelesaiannya.. Tapi ini saja cara aku untuk ‘enjoy’.. melupakan masalah dan segala kekalutan dalam jiwa dan mindaku..

Aku akhirnya membuat keputusan untuk kembali kepada Azi. Tapi sayangnya aku mendapat tahu.. Azi sudahpun membuat hubungan lain dengan Fitri. Aku cuba menjejaki lelaki itu. Apa saja maklumat tentangnya aku cari. Sebenarnya Fitri bukanla seorang lelaki yang buruk atau jahat..Dia memang tiada cacat celanya.. Cuma dimataku dialah pesaing utamaku, sudah tentu dia menjadi buruanku.. Aku jadi cemburu kerana makin hari kulihat hubungan mereka semakin akrab.

Dan hari ini aku datang kerumah ini untuk memutuskan hubunganku dengan Dayah.. dan menerangkan hal yang sebenar kepada Azi.. Tidak dapat tidak.. aku tetap mahukan Azi kembali kepangkuanku.

Sedar tak sedar, Azi sudahpun berada dalam pelukanku.

“Am belum bersedia untuk melepaskan Azi. Am nak Azi pakai semula cincin ni..”
Aku menyarungkan kembali cincin ke jari manisnya.

Tiba-tiba Azi mengangkat mukanya.
“Dayah???”

BERSAMBUNG……………………

Posted at 04:29 pm by missmanja
takkan bace jek kot..  

~ i'm back!!! ~

Penat lagik nihhhhhhh,, karang2 laa aku buat entry...
ngantuk pun yer.. seme ade... cam nak demam ahhh.... ayokkk..hehe...
tengah upload gambo ni...

Posted at 04:01 pm by missmanja
takkan bace jek kot..  

Thursday, April 07, 2005
~ sport shoes??? ASB ??? aiyarkkkk!!! ~

aku memang dah lame kepingin nak beli sport shoes walaupun aku ni bukan atlet negara..... nak kata suke jogging atau lari2 anakpun tak... tapi nape nak beli?? aku pun tak tau.. senang nak gerak kot.. walaupun leceh nak pakai stokin la.. tu blum masuk lagi kalau kasut tu bertali.. satu hal plak nak ikat2..

Ermm aku nak sangat bawak sport shoes baru aku p kenyir.. tapi aku lum gaji... uwaaaaaaaa... nak p kenyir nipun aku takde bajet walaupun rm10..

MD penah cadang kat aku kuarkan skit duit ASB... takkan nak biar aku sesak camni... tapi aku sayang gilerrrrr duit ASB tuh... ishh.. tak taulaa.. aku dah penin giler pk....

Adik aku zairy.. err bukan jerry tau.. hehe gaji 7hb.. kalau sempat pinjam duit dia.. kalau tak sempat.. maka kami.. aku kenelaa kuarkan duit ASB tuh....... uwaaaaaaaaaa lagik..

malam semalam aku tanye dia aku nak pinjam.. tak brani mintak bebanyak.. aku rase yg aku mintak tupun cukup makan jek.. errrrkkkk pedih tul bile bab2 kene pinjam duit nih.. wlupun ngan adik sendiri.. ishh.. Adik aku cakap.. nantila.. dia tak berani janji.. takut tak masuk lagik..

Aku risau bukan ape.. takut tak sempat jumpe jek adik aku ni... dia masuk keje kul 3 petang.. balik keje kul 7 pagi besoknya... sian tul tengok adik aku ni... tapi tak kurus2 gak..heheheh.. aku bangun tido.. dia dah tido.. aku balik keje.. dia dah pegi keje.. so memangla tak jumpe..

Kebetulan malam semalam aku tido seawal jam 11 malam.. so aku bangun awai.. lepas solat.. aku kemas2 barang untuk ke kenyir.. kul 7... aku nak p mandi.. tapi time2 camni aku mesti tingat jerry... dengan bertowel aku keluar.. tengok2 ayah tengah cuci kete.. yg mengejutkan aku... jerry takde dalam cage....

Cuak dah aku mase tu... liar jek mata aku carik jerry... tapi ayah aku leh relex jek cuci kete.. hampes... aku trus sarung slipar.. pastu baru ayah aku.. dengan sore ala2 bersalah... cakap kat aku.. jerry dah ilang... aku ape lagiik... nak menangis dah mase tu..

"tadi dia berlari kesana.." ayah aku tunjuk semak umah sebelah.. memang tu tempat faveret jerry.. dia suke makan daun2.. tapi bile aku tengok.. takde..
dalam pale otak aku ni macam2 pk.. mane dia pegi... takkan p belakang kot.. dia bukan biase.. abislaa kalau ilang.......

tup-tup...
"haa ni dia..."
dia men kat tilam umah sebelah.. aku carik tadi kat sebelah kiri.. dia kat sebelah kanan... ermm nak suh aku buh tilam plak ke dalam cage dia tuh.. chet.. aku cube nak tangkap.. tapi... cam besela... jerry nikan giler.. ingat senang nak tangkap.. sampailaa adik aku balik... adik aku jek terer tangkap dia.. ehhehe... jangan tak tau... aku keluar umah carik2 jerry tu dengan towel tau... ahhahahahah.. tak menahan.... soriiii.. terpakse jadik tontonan umum..huhuu..

So aku tnye adik... adik aku kata dah masuk... then dia kuar balik p kuarkan duit.. legalaa aku skejap... so dengan kata lain.. tak perlulaa aku kuarkan duit ASB.. hehe... tapi duit tu cume lepas nak p kenyir jek.. nak beli sport shoes tak lepas... aiyarkkkkkkkkkkk.....

Mule terpk gak nak pinjam kat MD... ermm nak ke dia tolong aku??? ishh... sedihnye... ke nak kuarkan gak duit ASB semata2 sport shoes... cane ni?? kalau ikutkan bukan pentingpun ade sport shoes tu.. lenla aku ni skuad hoki negara.. ahhaha ape aku merepek lak ni..

Aritu... mase ym ngan fadhil... dia tanye aku nape tk reply sms dia... aku cakap takde kredit.. dan aku kekeringan skang ni... hari2 aku terpaksa jalan kaki selama 30-45 minit dari opis kerumah... umah ke opis.. sebabnya.. aku takde duit nak naik bas... aku ni memang ske bercerita.. tapi tak sangka plak... fadhil kesian benar kat aku...
"nak dil tolong ke??? yan nak pinjam duit???"
"ehh tak yah.. tak yah... "

aku kelam kabut terus mase tuh.... ishh bersusah payah plak dia ni... aku taulaa ko minat aku.. hehe.. ermm yelaa bese org yang suke kat kite jek sanggup ape2 untuk kite.. hehe.. besh gak kan.. tapi aku taknakla.. aku tak terpk pun nak pinjam duit dia.. ishh..

Sempat gak aku pk.. esok sampai kuantan... singgah kuarkan ASB.. pastu trus beli kasut kat situ... tapi cam beselaa gak.. bile dipikirkan duit ASB.. dekat 80 ratus ribu juta kali aku pk nak kuarkan ke tak.... aiyarkkkkkkkkkkkkkkk lagikkkk dah lagik............

ahhhhhhhhhh bengong dah...........hehehh

Posted at 11:04 pm by missmanja
takkan bace jek kot..  

~ aku, dia dan kamu ~

Kalau sesape yg ada speaker.. tentu tau lagu yang tengah berkumandang kat blog aku nih.... lagu D-va.. tajuknya "aku, dia dan kamu". Aku kata kat erin lagu ni lagu kenangan sebab... mase lagu ni baru nak naik tahun lepas.. kebetulan aku ade small krisis with abg...

Dari lirik lagu tupun korang leh pahamkan...cite pasal ape?? Cite pasal dia dimadukan... kalau nak lebih paham lagi... org ketiga tu kire awek lama bf diala... but in the end.. dia yg mengalah...

Cam kes aku plak... memang gf lame abg datang balik dalam idup abg dalam diam2.. tanpa pengetahuan aku.. dan aku dapat rasakan abg sayangkan dia.. walaupun abg cakap kat aku.. dia sayang kedua2nya.. dan dia tak nak kehilangan kedua2nya.. kedua2nya ada keistimewaan masing2.... ermm bayanglaa dia ngan x-gf dia tu penah couple 3 tahun.... aku ni baru nak masuk setahun.... tp waktu tu aku tak kisah.. aku terime.. sebab aku sayangkan abg..... korang bayanglaa eh... aku tak kisah walaupun aku tahu abg ade gf lain... malah lebih bes lagik.. aku leh berkawan lak ngan x-gf dia tuh... sampai laa..

Tapi akhirnya gf dia tu yg undur diri.. go to sumone else.. n maybe bertunang lan 6 ni.. itu yg budak tu ceritala.. tak taulaa kalau dia tipu.. i hope not.

Meh aku nak kongsi lirik dia ngan korang...

Betapa bodohnya diriku.......
Mahu diduakan dirimu...
Tapi bila hati bicara......
Aku sayang padamu.......

Kau takkan pernah tinggalkannya...
Dulu dihatimu cuma dia..
Tetap juga kau inginkanku..
Kini apa dayaku.....

Putuskan dia oh kasih...
Agar ku tak tersaingi...
Sungguh ku benci dirimu yg tak bisa memilih..

Namun harus kuakui...
Sukar untuk lepaskanmu...
Akhirnya aku undur diri demi dia dan kamu..


Posted at 10:02 pm by missmanja
takkan bace jek kot..  

~ antara dua ~

er.. ekceli aku nak buh entry ni since las week lagik... mase tu aku ym salah sorang member aku.. budak mesra.. tapi budak2 joho jekla kenai dia.. lagi plak dia jarang onlinekan..

mule intro tu dia tanye..
"akak.. belut mane??"
"heheh.... belut berkubang dengan awek baru kot...hehehhe..."
"hahh?? dahtu aku tak marah?? akak tak kisah??"
"nak kisah watper.. dia bukan kisah kat akak pun.."

who said aku tak kisah??? if aku kisah sangatpun.. adakah ia akan mengubah ape2.... NOP!! so jalan mudah... buat tak kisah.. biar arr makan dalam... abg memang suke buat aku makan dalam beb....

Then sambung lak ym ngan budak ni... dia tanye pendapat aku.. sebab skang ni dia ade dua bf... huhuuuu. sesuai sangatlaa tanye aku...

Dia kata dia tak tau nak buat pilihan...
alaa dia ni budak lagik... baru nak masuk 21... mudekan?? belajo pun tak abis lagik.. pasal buat2 pilihan ni memanglaa lum matang lagi... dia kata dua2 dia sayang... ermm.. sorang tu same study.. sorang lagi kat kg dia.. yg kat kg tu kenai dari zaman sekolah...dah putus.. but then sambung balik since las year.. so now dia blur..

Aku cakap senang jek.. chewahh bagi org penyelesaian senang.. sendiri punye masalah.. tak settle2pun.. ahaks..

Aku cakap ngan dia.. kalau aku.... aku akan jadik materialistik skit.. bukan ape.. kite nak idup lame ngan diakan.. so aku akan pilih yang ada masa depan.. kalau dua2 dah keje... aku akan pilih yg bergaji tetap.. dan poket lebih tebal.. bukan perut yg tebal.. ok?? hehehheh.... sori to say... aku kene memilih beb... paling utama sebab ayah aku tak suke.. aku tanggung laki.. kalau ade kereta.. memang satu kelebihan kat dia.. cam iklan ABP aritu... "times... ada kelebihannya.." hehe... alaaa bab2 memilih ni aritu aku dah listkan.... 20 plak tu.. kalau nak tau.. leh selak belakang ehh...

macam kes budak ni.. dua2 still study.. so aku suh dia tengok dari segi plan mase depan...

Dia cakap kat aku... yg sorang tu memang plan memacam.. umur camni camni target itu.. umur sekian sekian ni plak target ni... which mean dia ada hala tuju dia.. og laki klu dah ade target takkan tak buatkan?? tak MACHO ahh camtu.. ahahahah..
Tapi mamat yg satu lagi.. yg same study ngan dia skang ni... bleh kata ape tau.. dia tak tau pas grad nanti dia nak jadi ape.... wat?? awak tu lelaki bukan pempuan.. kalau pempuan leh ahh.. lepas study takto nak buat ape.. duk umah jek.. jadi suri.. tupun kalau rase berbaloi belajo tinggi2 tapi duk kat dapur ahh..

Kalau org lain cemane??? kalau aku.. of course aku pilih yang fes... ermmmm

Posted at 09:41 pm by missmanja
(4) Messages  

Wednesday, April 06, 2005
~ gelakkan die!!! kuang kuwang kuwangg ~

adehhhhhhhhhh.. nak tergelak ade........ nak terkencet pun ade... siut tul......

Kat mesra tadi.... tetibe salah sorang abg angkat aku.. alan ahh.. PM.... mamat ni memang rajin PM2.. tapi dah lame gak tak berPM ngan dia.. sebab mase kami tak sama...

So tadi dia direct tanye aku p kenyir ke tak?? aku terkejutlaa gak limabelas sen.. sebab kan identiti aku dirahsiakan.. hehehehe... tapi dalam waktu yang same aku dah tergelak2 kat sini... chehh akupun wat2 tak tau ahh... still cover ahh kononnyaa..

Dia sakat2 akulaakan.... aku tahan jek gelak sposen aku ni... bih tu lelame... diapun terus sebut ahh yg dia dah tahu........ aku punye tension tak ingat.. sebab dah tak kuase plak nak cover....... hahahahahha akupun hanginlaa.. tapi hangin gurau2 jek..

"SAPE YANG MEMBOCORKAN RAHSIA KERAJAAN BETA HAHHH????"
cheh ayat tak menahan tul aku bagi

pastu dia leh jawap ape...
"nanti bila jumpa yan,alan buat2 terkejut lah nanti ye!! "
cheh lawaklaa tu.... lawak spastik.. nyampahnyeeeeeee........... ishhhhhhh
geram geram.......... sape bitau dia ni??? cissss...... hahahha ala sebenanye tak kisahpun.... ishhhh kesah sebenarnye....sebab dah tak jadik surpised aku ni... ishhh....

Posted at 10:29 pm by missmanja
takkan bace jek kot..  

BAB V

Aku tunduk kembali.. cuba mengembalikan semangat.. Dayah menyentuh tanganku..
“Apa dia Shima??”

Aku bangun. Menghampiri jendela.. pandanganku lontar keluar.. melihat kumpulan awan dan merasai betapa nyamannya udara… Aku tak pasti samada inikah masa yg paling sesuai ataupun tidak… Aku duduk kembali di birai katil… Dayah menghampiriku..

“Kau buat aku tertanya-tanya Shima.. wats going on here..?”
“Aku harap sangat bende ni ko tahu sendiri.. tapi aku tak sanggup tengok ko terus diperbodohkan Dayah..”
“Ape maksud ko?”

“Dulu… aku pernah bercinta.. ketika tu aku masih menuntut di UITM.. kami bersama agak lama.. memang aku terlalu sayangkan dia. Terlalu banyak pahit maung yg aku terpaksa hadapi dan tempuhi sepanjang bersamanya. Dia kaki perempuan. Banyak kali aku terserempak dia bersama perempuan lain. Itupun aku telan juga.. sebab aku tahu dia tetap sayangkan aku.. Dan kerana tu aku percayakan dia”
Aku nampak Dayah tekun mendengar.

“Setelah tamat pengajian.. kami akhirnya bertunang.. Aku mintak dia janji dengan aku
supaya tinggalkan perangai2 buruk dia tu memandangkan kami akan bernikah… aku benar-benar mahukan perubahan darinya.. Dia setuju.”

“jadi??” Dayah seakan tidak sabar menunggu penamatnya cerita.

“Setelah setahun kami diikat tali pertunangan aku mendapat berita dia ditangkap basah bersama seorang janda.. Kau tahu betapa hancur luluhnya perasaan aku masa tu.. Aku minta pertunangan kami diputuskan… Dia menangis merayu supaya aku tak tinggalkan dia.. tapi waktu tu.. aku bagaikan sudah mati perasaan.. Sehingga airmata sendiri tak mampu ku titiskan.. Hatiku benar-benar remuk…”

“Shima… maafkan aku… aku tak tahupun kisah silam ko macam ni..”

“Ya… sebab aku merahsiakannya… tak sapepun tahu… kecuali keluarga kami.. malah kawan-kawan akupun tak tahu kenapa kami putus. Lepas seminggu..aku ambil keputusan untuk datang ke KL… kepahitan tu aku nak buang jauh2..”

Ada genangan airmata dikelopak mata Dayah.. Aku menggenggam jarinya.
“Dayah… aku cuma nak pesan dengan ko… jangan letak seratus peratus kepercayaan ko pada lelaki.. walaupun ko menyintainya.. Bila-bila masa dia boleh jatuhkan kita… Aku risau tengok hubungan ko dengan Ilham.. aku rasa ada yang tak kena… Aku dah anggap ko macam adik aku sendiri.. aku tak mahu ko terluka seperti yg aku rasa Dayah…”
Dayah memelukku.. Airmataku mengalir lagi.. Aku benar-benar sayangkan Dayah.. Walaupun kami tiada hubungan darah.. Tapi kasih sayang aku padanya tak pernah tumpah.. Aku membalas pelukannya erat..

“Aku harap ko kuat Dayah… lebih kuat dari aku…”
“Terima kasih kak….” Aku terkejut… Dayah panggil aku ‘kak’??? Airmata tak dapat kutahan lagi…

“Ada satu perkara lagi yg belum aku ceritakan pada ko..” Bisikku. Dayah menolak bahuku.. matanya bersinar seakan menanti cerita selanjutnya dariku…

“sayang…”
“sayang……………….”
“hahh???” Aku tersentak bila bahuku dicuit.

“Jauhnye pergi…. Dah sampai mane?? Tadi kata nak beli famous amos.. yg mane satu??”
“ehh.. a’ah… err… yg ni… Dayah suka yg ni…” Aku tergagap-gagap… entah kenapa… sekarang ni mudah benar aku termenung jauh… Bile tengok famous amos aku pasti teringat Dayah… Dari kampong… aku minta Fitri hantar aku ke KLCC.. semata-mata untuk belikan famous amos Dayah..

“Malam tadi tak cukup tidur ke?? Sampai ke siang nak mimpi lagi…”
“Alaa…abg ni..” aku mencubitnya.
“Lepas ni abg antar sayang balik.. then abg nak balik office ok?”
“wat??? Dah dekat maghrib ni.. pegi office buat ape?? Arinikan ahad dear…”
“Dah ujung bulanlaa sayang… dateline dah dekat.. cerpen abg untuk next month punye edition lum siap lagi.. please…….” Fitri memohon keizinanku..
“Ok… but make sure… balik dari office.. sampai umah je call me.. risaulaa malam2 ni abg keje sorang..”
“abang rase abg tido kat office kot…”
“laa… teruknya… nak ikutlaa camni…”
“jom jom…”
“hehehe… owhhhhhhh sukeeeeeee…” Fitri tersengih…

Aku senang bersamanya sekarang.. Fitri kelakar… dan romantic orangnya.. Hubungan kami terjalin selepas insiden di restoran dulu... Aku tertarik kerana sikapnya yg gentlemen… Malah dia bukan jenis lelaki yg suka mengambil kesempatan.. Fitri berjaya mencuri hatiku yg sudah sekian lame kekosongan sejak kehilangan cinta 3 tahun yg lalu.. Aku berdoa moga hubungan kami berkekalan dan direstui semua pihak..

Pada awalnya.. aku agak keberatan untuk menghubunginya..

“a’ahlaa….. kan awak selalu panggil saya cik kak..”
“owh….awak… cik kak…”
Suasana senyap kembali… Aku buntu.. dan mungkin dia juga begitu..
“err… terima kasih bayarkan makanan tadi.. ernmnm lain kali saya belanja awak plak yer..”
“tapi pastikan awak ade duit kecik tau…”
“eleehh… perli saya laa tu…” aku dengar dia terkekeh ketawa…
“saya tak kisahlaa.. awak belanja ke tak belanja ke.. saya halalkan..anggapla ia salam perkenalan dari saya..”
“hahh?? Salam perkenalan…?? Err.. ok…”
“Esok jumpa lagi yer..”
“ermm…esok saya pasti belanja awak pulak..”
“Sori yer cik kak.. saya sebenarnye ada kerja..”
“owhh yeke…ermm jap..”
“kenapa??”
“errr nama saya Shima.. lepas ni awak tak perlula panggil saya cik kak lagi..”
“tapi panggil cik kakpun sedap kan..”
“hahhh??”
“takdelaa.. saya gurau jek..”
“owhh…”
“bye…”
Aku meletak semula ganggang telefon ditempatnya.. Kenapa dia buat lawak tapi aku cam terpinga-pinga ni?? Lambat pick up betul aku nila..ishh.. malu….. tulaa aritu berlagak sangat… heheee..

“tengok tu.. senyum sorang plak..”
Aku masih tidak mendengar…
“cik kak… owhh cik kak… dah sampai ni…”
TIba-tiba saja aku terpandang mata Fitri.. Aku pelik melihat pandangan matanya yg sebegitu.
“kenapa??” soalku..
“kenapa apa… Dah sampailaa sayang… ya Allah.. dahsyat tul awek aku skang ni.. berangan tak sudah..”
Giliran aku pula tersengih..
”yerlaa yerlaaa…” aku menjelirkan lidahku yg tak berapa panjang.. Menolak pintu dan terus keluar..
“Menonong nampak…” Langkahku terhenti..
“ehh.. lupe…” aku terkedek2 berlari mendapatkannya semula… Segera kusambut tangannya.. bersalam dan mencium tangannya penuh hormat..
“jap..”
“ermm..???” aku menaikkan kening..
Dia mendekatkan bibirnya kedahiku dah mengucupnya lembut..Aku terpana seketika.. Bagaikan dirasuk satu perasaan baru… Dia tak pernah mengucup dahiku seperti itu.. Terkejut sudah pasti.. Dia cume tersenyum.

“Malam ni sebelum tido.. baca doa dulu tau.. Esok jangan berangan2 lagik..”
Sekali lagi Fitri mengusikku.. ishh..
“Ok bye sayang….assalamualaikum…” keretanya berlalu…….sehinggala ia hilang dari pandanganku.. baru aku berpaling ke arah muka pintu…
‘wa’salam……. Eiiiiiiiiii sayangnya aku kat diaaaaaaaaaaaaa………..hehehehehehe’
Sakannya aku……….


Ponnnnnnnnnn!! Ponnnnnnnnnnnn!! Ponnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!….

‘Siapa pulak yg terlebih hon ni??? Aku tagan jugak kang!! Tak tau ke dah maghrib ni.. Bawak2laa ke surau…’
*‘Tagan’ = Sekeh.

“Azi!!!!!!!!!!!!!!”
Azi??? Sudah lame aku tak mendengar nama tu disebut orang.. Aku cuba mengamati kenderaan yg baru sampai didepan rumahku waktu itu.. Lampu masih tidak terpadam. Jadi agak sukar untuk aku memastikannya.. Enjin dimatikan. Pemandunya keluar…

BERSAMBUNG…………

Posted at 10:01 pm by missmanja
takkan bace jek kot..  

~ Sorii.......... ~

Blog aku dikunjungi tetamu....... Aku diberitahu yg link yg aku amik tu sebenarnye... yg dicurik...... whether yg datang bitau tu.. tuan punye yg sebenar ke... aku tak taulaa.. boleh jadik yer.. boleh jadik penipu gak....

Mase tu aku kat opis.... aku try masuk balik link yg ade tu....... owhh baru aku paham.. memang betul.. web tu dicurik.. ish ish... Aku amik link tu saje jek... sebab nak tengok lirik2 lagu.... kalau tuan punye tak bagi....... takpela...

Kalau dia marah aku amik link tu.... aku cume leh mintak maaf... kalau dia rase ape yg aku wat ni salah....... aku rase tak.... sebab.... lirik2 tu bukan dia yg cipta.... itu jekla.... sori ler geng...

Tetibe tengok dia add id aku kat ym.... aku add jeklaa..

ermm entry paling tak besh penah aku buat...huh!!

Posted at 09:18 pm by missmanja
(4) Messages  

~ three months confirmation ~

ermm.. ingat keje je ke ade 3 bulan konfem..... aku keje 4 bulan baru konfem tau........ tapi entry aku ni bukan cite pasal kejela...

ni antara aku ngan MD.......... aku bagi dia 3 months before confirmationlaaaaaa starting from 30/3/2005........ so juz wait n see........hehe..

diam tak diam... rupenye dah masuk bulan 4..... rase aku cam baru jek masuk tahun baru aritu ekk... ish ish......

yeahhhhhh aku berjaya buat entry pendek..

Posted at 02:20 am by missmanja
(1) Messages  

Tuesday, April 05, 2005
~ kenyir lagik beshhh!! ~

perghhhhhhhh tak sabo menanti ari jumaat.. aku tengok budak2 posting kat topik kenyir tupun.. tak menahan belaka... cume org2 yg pegi jek akan berperasaan cam aku.. hehehe...

Eleh.. macam nak p amik anugerah plak.. aku punye beriya ni.. padahal p kenyir jek.. p kenyir nak berpoya2laa.. tak tau ke???

wahhhhhhhh tak sabonyeeeeeeee weiiiiiiiii........... apekata... rabu ngan kamis kite lenyapkan jek dari muka bumi untuk minggu ni jeklaa.. terus ari jumaat.. so pagi ni aku dah leh betolak ke terengganu.....hikhikk...

Ishh aku ni excited2 sngat.. kang tak jdik... merundum terus..hehehehe... padahal dulu akulaa og yg paling tak semegah nak p....... tapi aku gaklaa yg tolong bitau daus pasal ni.. bile dia ajak p sekali.. aku tak mo.. banyak kali dia ajak.. 'kenapa tak nak pegi..' 'kenapa...' 'jomlaa.. sayakan ada..' ermm macam2laa.. tapi aku tetap kata... 'tak nak...............'

Then lang plak ajak..... mase mula tu aku dah kata takmo...... sebab aku nak p pulau sebenarnye.. tapi dek kerana tsunami... plan kasik tukarlaa... seken time lang ajak....... tak dan bape minit.. aku terus kata ok.......tapi ada syaratnyelaa.... heheh...

Aku kata 'ok' sebab ape?? sebenarnye ade kene ngena ngan abg gak..... coz lebih kurang kata.. aku nak bawak diri... majukpun yer..... macam nak jauhkan diri dari abgpun yer... kot.... ahh forget about thatla.. pasal p kenyir ni aku tak bitau abgpun... selalu tu.. pantang p mane... jujurlaa katakan... aku mesti bitau abg..... tapi skang.. tak yahlaa... dia bukan hargai kejujuran aku tu...... malah dia tak penah jujurpun ngan aku....... dia ingat aku percaya ke.. dia p tengok konsert AF sorang2...?? dia ingat aku percaya ke.. dia p tengok wayang...'gangster' sorang2?? i dunt believe him at all.. aku wat diam jek.. walaupun mulenye aku melenting.. biler aku tarik muka.. dia kata itu trick aku nak trap dia.. padahal.. ade mase... aku tarik muke memang sebab aku marah atau tak suke.. atau juz to be serius.. walaupun aku ni tak pernah serius..

ermm ermm.. dah jadik serius ni.. ok ok.. amik mood balik.. tuakr citer..

tadi kat opis.. boss cakap kat aku.. jumaat ni cuti... aku a'ahkan ajek.. alaa cuti.. konfemlaa aku tau awal2 dah..... dia tak bitaupun takpe.. hehehe..

Then dia kata...
"jumaat ni u ade pegi mane2?"
"ade..."
cepat jek aku jawap.. sebab takutlaa tetibe dia kata.. walaupun cuti... aku tetap kene keje.. cam time thaipusam aritulaa..

"owhh yeke... company ade dinner meh.. u tak mau ka??"
"hahhhhhhhh?? alaaa..."
"u nak pegi mane?"
"terengganu..."
huhuuuuuu takper ahh............ dinner jek....... bukan besh pun...seme cina..... KENYIR LAGIK BESHHHHHHHHHHHHH!!!

Posted at 11:13 pm by missmanja
(2) Messages  

Previous Page Next Page