zbody




^^ Tentang Ummi, Abbi & Nur Anesya Qistina ^^


Klik utk free banner





Jawap Survey tuk dapatkan cash, klik sini



Where Moms Unite
~ YAN ~ ~ SAGITTARIUS~ MARRIED WITH ONE DAUGHTERPASIR GUDANG, JOHOR ACCOUNT OFFICERSULONG DARI DUA BERADIK










OrG TgH OnLiNe



Website Counters










Photobucket


Fakta tentang kami yang anda tidak tahu :-
* berkawan sejak Oct 2005 & bertunang pada April 2006
* kedua²nya anak sulong dalam keluarga
* beza umur 3 tahun (Yan-1980, Ijal-1977)









Photobucket


Fakta tentang Qis yang anda tidak tahu :-
* Lahir setelah 8 jam berada dalam labour room
* Overdue 9 hari dari EDD 17/06/08
* Cucu sulong dr belah ummi & abbi






Photobucket












SUDUT TELENOVELA
HELAIAN RINDU

nukilan ~ maya qarmyla


BAB I
BAB II
BAB III
BAB IV
BAB V
BAB VI
BAB VII
BAB VIII
BABAB (abis dahla..)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~







MEH TENGOK GELAGAT QIS


4 BULAN



5 BULAN

<< March 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31














YM ID ~
maya_qarmyla

EMAIL ME ~
untapasir@yahoo.com

ADD FRIENDSTER ~
untapasir@yahoo.com




~.:FRENZ CORNER:.~

.::NenekKebayan::.
.::atuktakensem::.
.::lifejourney::.
.::cutemiut78::.
.::esquento::.
.::ctvender::.
.::sumie::.
.::rnysa::.<>
.::jejer::.
.::fairy::.
.::lang::.
.::shah::.
.::boss::.
.::lin::.
.::ND::.
.::su::.
.::ain::.
.::zam::.
.::aien::.
.::ains::.
.::nani::.
.::saad::.
.::atok::.
.::cikin::.
.::huder::.
.::qaira::.
.::chesiti::.
.::ladyell::.
.::attyfir::.
.::moncherie::.
.::moghammer::.
.::sultanmuzaffar::.


~.:SELEBRITI CORNER:.~

.::MaRsHa Af3::.
.::HeLiZa Af5::.
.::Ct NuRhAlIzA::.
.::NaDiA aF6::.
.::StAcY aF6::.
.::MiLa Af5::.
.::AiZaT aF5::.




~.:PORT BIASE YAN:.~


@YAHOO
@MeSrA
@FACEBOOK
@DoWnLoAd
@MoMbLoGgErSpLaNet
@HaMiDaRsHaT
@SpEeDfInGeR
@SuRvIvOr
@AF
@MP3
@MP3
@LyRiCs
@SMVP/SMTP (alumni)
@SMTPJB97 (lum siap g)




~.:UPLOAD:.~


@OnFuEgO
@yOuTuBe
@GrEaTeStJoUrNaL
@SpYmAc
@PuTfIlE




~.:MILIKKU:.~



@FoToPaGe
@PhOtObUcKeT
@FreEwEbToWn

















BLOGDRIVEMYSHOUTBOX
EASYHITCOUNTERSMALAYSIATOPBLOGS













BusinessAffiliate ProgramsDiscountsPersonalsAdvertisingShopping




If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




RSS Atom
rss feed


Layout edited from the Huntington template from: BlogDrive
Image from: MorgueFile
Designed by: Uncommon Thoughts

BLOGDRIVE
TEMPLATES
Hometown


My Home Town
Thursday, March 31, 2005
BAB III

Ahhh bosann!!! Sejak dari tadi telefonku tak henti-henti berbunyi. Sejak 2,3 hari ini juga aku dihujani pesanan-pesanan ringkas ditelefon bimbit. Pesanan yg berupa rayuan..dan pujukan… Namun aku tak pernah kisah. Selepas membacanya lebih kurang.. segera sahaja aku kosongkan peti simpananku itu.

Kenapalah perlu diberat2kan perkara2 yg seremeh tu.. Hidup nikan enjoy…

Esok malam aku ada date dengan Nabila.. Lusa pula.. Harijadi Aida.. Tulat… ermm date dengan awek baru.. Aku kenal dia dekat lobby Fleminggo Hotel kelmarin. Waktu tu aku baru lepas seminar. Cun giler. Nama dia Syida. Tubin…lepas tubin ape ekk.. ermm lantaklaa.. yg penting dua2 hari tu aku tak dapat kemana2.. sebab aku outstation ke Jakarta selama seminggu… jadinya bukan dua hari.. tapi 7 hari aku tak berawek.. Balik dari Jakarta aku piker nak ajak Kid ke langkawi ataupun Tioman. Cuti2 malaysialaa pulak.. Tapi kid ni susah skit.. Namepun kid.. perangai dia agak kasar.. tapi muka cun giler babeng.. Dia kasar.. keras… mungkin itulaa yg buat aku lagik tertarik.. Payah nak ajak dia keluar.. hermm.. Susahnyaa nak handle awek sorang ni……….

Malam ni aku takde plan.. Lunch tadi aku dah makan dengan Erwa… secretary kesayangam boss.. tapi aku tau Erwa tu syok kat aku… hahahaha.. tak payah ayat bebanyak.. konfem dia ikut aku.. So malam ni aku free.. Jarang aku mengajak awek keluar.. melainkan mereka yg ajak.. aku Cuma datang jemput.

Telefon bimbitku masih berdering.. nombor yang sama.. Hidayah.. Tapi aku biarkan sahaja ianya berdering.. walaupun agak membingitkan… Biar sampai bateri aku abispun takpe.. Pesanan-pesanan ringkas yg dikirim tak pernah ku balas.

Aku tahu Dayah gadis yang baik.. jauh lebih baik dari gadis2 yang pernah berdampingan denganku.. Diawal perhubungan kami dulu.. aku senang bersamanya.. Tawa riangnya sentiasa menemaniku.. Rajuknya.. adakala menghiburkanku.. Sesekali aku rindu juga saat2 seperti itu.. Tapi hakikatnya… aku sudah tiada rasa terhadap dia.. Bukan salah dia.. Salah aku?? Juga tidak… sebab perasaan ini pudar sendiri.. Lama kelamaan aku mula bosan untuk menatapnya..

Aku lebih senang menghabiskan masa dengan awek2 lain.. tanpa sebarang komitmen… Berbekalkan rupa, gaya dan kemewahan yg kumiliki.. Aku berjaya memikat siapa sahaja yg kuingini… Dayah kubiarkan sepi.. Aku tak bermaksud nak melukai… Aku juga tak berani nak memutuskan hubungan ini.. kerana kuakui Dayah gadis yg baik.. Dia setia dan jujur dalam setiap tindak tanduknya.. Sangat mengambil berat… Cuma sayang… kehadiran Shima seakan menggugat hubungan kami…. Itulaa salah satu sebab kenapa aku jarang lagi bersama Dayah…

Dayah memintaku membantunya memunggah barang. Dayah menghadapi kesukaran untuk tinggal lebih lama di rumah itu kerana sering bertengkar dengan rakan serumah yang lain.. Ada sahaja selisih paham antara mereka. Selama setahun dia disitu.. Aku tak pernah tengok dia gembira. Oleh kerana itu aku syorkan dia berpindah… Perpindahannya itulah membawa aku mengenali Shima..

“Abang.. mehlaa masuk rumah… Dayah nak kenalkan dengan kawan-kawan baru Dayah..” Aku cume menurut sahaja ajakan manja Dayah.

“Abang… ni Shima..”
“Shi…Shima????..” suaraku tersangkut.
“Ye… Nazimatushima Hamdan… Boleh panggil Shima..”
Jawab shima penuh yakin..
“Kenapa abg ni… hehe macam tak pernah jumpa orang jek…” seloroh Dayah.
“Ermm takde.. macam pernah jumpa..”
“Betulla tu… Awak student UITM kan..” Potong Shima tiba-tiba.
“A’ah.. Shima kenal saya ke?”
“Kenal… Ilham Zaidi Mohd Haris kan? Sapela tak kenal.. awakkan glamer…” balas Shima sambil senyum melirik. Cantik.
“laaa jejak kasihlaa pulak….” Kak Lily pula menyampuk..
“eh haaa kan dah lupe… nak kenalkan.. ini Kak Lily.. kire ketua umah nila.. betul tak Shima?”
“Hahh?” Shima tercengang.. Aku tahu anak matanya tadi asyik memandangku. Dan kerana itu dia agak terkejut bila Dayah menyebut namanya.
“Kak Lily.. ketua umah..” Ulang Dayah lagi..
“Haa.. a’ah…” Tiada kata yg keluar.. Nak menganggukpun Shima seakan ragu-ragu.
“Pelik aku tengok budak-budak ni… Sape name boifrennye tadi Dayah?”
“Ilham Zaidi..”
“owhh Ilham.. senang2 datanglaa rumah… Boleh makan besar.. hehe..” Kak Lily mempelawaku. Aku Cuma tersengih..

Pernah beberapa kali aku diajak makan malam dirumah mereka.. tapi ku tolak dengan baik.. Setiap kali aku hantar Dayah pulang.. Setiap kali itu juga aku ternampak.. Shima memerhatikan kami disebalik tirai tingkap biliknya.. Dan setiap kali itu juga.. aku terasa yang hidupku tidak bebas..

Setelah sekian lama diajak.. Akhirnya aku termakan jua dengan pujukan Dayah untuk sama-sama menikmati makan malam dirumah mereka..

“Banyaknya juadah…. Kalau berbuka puasa kat sini.. mesti syokkk…” Aku memulakan bicara..
“Semua ni Shima yg masak… Sedap… itulaa Dayah nak bagi abg rasa…Abg selalu tolak..”
Aku diam.. Aku nampak Shima tersenyum memandangku…
“Abang tengoklaa ni… Shima masakkan gulai tempoyak ikan patin.. cam tahu2 plak itu faveret abgkan??” Aku mengangguk.. sambil menahan liur.. bukan kerana terliur dengan aroma gulai tempoyak.. tapi kerana terkejut Shima menyediakan lauk kegemaranku...
“Alaa.. aku tengok muka pakwe ko nipun aku dah tahu dia suka makan ape..”
“Abih aku??”
“takat ni aku belajo tengok muka lelaki jek.. muke pempuan.. ermm blum ada lagi..” Aku dengar mereka ketawa.. aku cube untuk ketawa.. tapi tak boleh.. aku cuma mampu tersenyum..
Ingin saja aku pulang segera… aku rasa tidak betah untuk berlama-lamaan disitu.. Gelagat Shima.. betul-betul menyeksaku....

“Terima kasih banyaklaa Shima.. susah2 masakkan untuk aku.. Sedap2 plak tu…”
“Macam tak biasa plak..” Jawapan Shima mengejutkanku..
“Tak biasa apa?” Soal Dayah mewakilkanku...
“Yerlaa macam tak biasa makan sedap plak..”
“owhhh…” Aku menarik nafas lega… Dayah turut tersenyum..

Aku pulang dengan perut yg penuh.. faveret tetap faveret.. abis licin aku kerjakan.. ermm perut kenyang… tapi hati aku tak tenang.. Aku membungkam sendiri.

Sejak itu hidup aku mula tak keruan.. 6 bulan yg pertama aku masih boleh tahan.. Tapi makin lama…Makin terasa sesaknya.. Aku jadi bosan juga kalau setiap hari… Dayah akan bercerita tentang Shima… Shima kelakar.. Shima lawak… Shima baik.. Shima Caring.. Shima.. Shima.. Shima.. semuanya Shima… Aku tahu Dayah happy berkawan dengan Shima.. Tapi aperla erti hubungan ni.. kalau setiap hari nama Shima sahaja yang keluar dari mulutnya.

Bermula dari itulah.. aku bosan…perasaanku mula pudar.. alasan demi alasan telah kucipta demi untuk mengelakkan diri.. Alasan demi alasan juga kuberikan semata-mata untuk menjauhkan diri… bukan dari Dayah sahaja… tapi dari Shima juga..

Sudah lebih 2 tahun aku membina hubungan dengan Dayah.. Sudah pasti sukar bagi dirinya untuk melepaskan aku.. Dayah menyayangiku.. itu aku benar pasti. Sebenarnya aku pernah berjanji dengan Dayah untuk mengahwininya. Waktu tu memang impian aku untuk terus memilikinya.. Tapi sekarang.. tidak lagi.. Segalanya bagai angin lalu… Impian.. kenangan… sudah tak bererti bagiku.. Aku bukan kecewa… Tidak juga menyesali apa2… Aku cuma ingin terus bebas…

Aku tidak peduli apa pandangan orang tentang aku.. Aku tidak pernah kisah… dengan masyarakat disekelilingku.. Yang penting.. aku happy.. Aku nak keluar dengan siapa… aku tak suka org masuk campur kegiatan aku.. sebab itu aku cukup marah.. kalau-kalau Shima menyampaikan berita yg tak baik tentangku pada Dayah.. Takutkah aku?? Mungkin.. ya.. mungkin juga tidak… Aku tahu ada baiknya aku menamatkan sahaja permainan ini… tamatkan sahaja hubungan aku dengan Dayah… tapi aku tak sampai hati..

BERSAMBUNG.........

Posted at 12:14 am by missmanja
takkan bace jek kot..  


Wednesday, March 30, 2005
~ bosing laaa ~

saper tau ape itu 'bosing'???? heheheheh... ini word yg aku dan kawan2 aku guna mase aku diploma dulu.... memang aku ni selalu ngubah2 ayat... kadang2 tu secara tak sengaja....

ekceli bosing tu 'bosan + boring' = bosing... wakakakkaa..... lagi satu yg aku selalu sebut.. 'serun' iaitu... 'seram + gerun'... ader lagik yg lain.. tapi aku tak berapa gune.. so aku lupe.. kes kes kes...

ermm ape yg wat aku bosing..... aku geram tengok blog aku ni... kurus sangat.. aku rase sempit.. rase nak tukar background dia.. tapi aku tak jumpe yg sesuweiii.. dulu sugar daddy aku pesan.. suh wat plain jek... tapi aku takmo.. aku nak ade gambo... atleast cam skang nilaa adelaa sekuntum ros tu haa...lagi plak aku nak nak gak kaler pink.. or maroon.... kalau kaler maler lain banyakkk ahh cantek2... ermmm.. ishh.... naik nyampah tengok blog sendiri... kurus kering...arghhhhhhhhhhhhhhhh.... tensionlaa plak... ishh... aku akan carik dan carik.... chowww!!!

Posted at 10:11 pm by missmanja
takkan bace jek kot..  


~ aku dipaksa ko memaksa ~

Aiseyy..... semalam aku balik dari keje... baru wat satu entry... tetibe ade call... upenyer jie...

Dia minta aku teman dia ke KL lagik minggu ni sebab dia nak p hospital.. sepupu dia masuk spital.. ade operation... kesian aku kat sepupu dia tu.. umur muda lagik.... tapi macam2 penyakit dapat... barah tulang belakang... ade bonggol belakang badan dia... buat keje pun takleh.. so sepanjang ari duk umah jek... kesiankan.. dahla pempuan..

Adik badik dia semua ade penyakit camtu... dan semuanya dah meninggal.. tinggal dia dan abg dia.. alhamdulillah abg dia takde masalah tu.. so dia jeklaa yg tanggung skang ni... sedih.. umu muda.. tapi muka dia dah mcam org berusia 30 tahun..

Aku bukan takmo teman jie.. tapi aku takdak duit.. betui.... tinggal sehelai sepinggang jek ni... arini aku nak p audit.. duit gak tu.. walaupun makan nanti client yg banjer.. ishh...

Nak tunggu gajipun ntah biler.. tapi jie pujuk gak aku... siap kata.... semuanya dia tanggung.... tambang.. makan... semuanyalah... janji aku temankan dia.. ermm tambang ke kl pegi balik sorang rm50.. kalau dah dua orang rm100.. itu blum masuk tambang nak ke hospital nanti.. pastu nak makan lagik.. aiyarrkk aku tak sampai ati beb... tapi aku nak kuar duit memang aku takde...

Kalau las week tu ok lagik.. mase aku kat kl.. aku suh dia datang sekali.. tapi dia tak mo.. ermmm....

Nak tak nak aku kene p gak kl minggu ni... walaupun aku tak janji kata nak p... tapi aku memang p... dia tengah susah beb... cuma duit jek yg wat aku rase tak beshh...

Posted at 08:44 am by missmanja
takkan bace jek kot..  


Tuesday, March 29, 2005
~ kisah di ibukota part 2la plak ~

Sebenarnye dialog aku dan dia tak mati disitu.... masih banyak yg ingin aku kongsi dan cerita kat sini...

Dalam berani aku masih risau... risau kalau dia betul2 call abg.. nasib baik juga dia tak tahu dari mane aku kenal abg... maunye dia cari abg nanti.. emel abg.. frenster abg.. ermm kalau jatuh ke tangan dia.. abisla.... ahh kalau abg dah tahu hal ni...ermm apa yg dia pk agaknye yekk... kadang aku rasa... "lantaklaaa!!".. kadang2 plak aku rase..... "uwaaaaaaa tak mo...."

Erm tulaa dulu aku selalu buat kat org..... bile aku dapat tahu sumthing yg tak betul jek.. aku akan carikk... macam mase ngan abgpun.. aku carik pempuan tu.... call... then jumpe.. seken time aku cume dapat berpm jek ngan dia.. nak gak jumpe.. tapi budak tu takmo... aku nak jumpe bukan ape.. saje nak tengok 'cun sangat ke orang yg abg duk giler2kan tu... sampai leh abaikan aku..' kalau cun... memang aku serender ah... tapi kalau takat ala2... aku cume leh kata dalam ati... 'wat a bad taste'.. jahat tak aku??? memang jahat... aku jahat sebab org jadikan aku penjahat... coz i am not wat i am now...

Dengan farrel dulupun.. tak dapat jumpe.. nak call...kredit plak kedekut.. so aku juz sms pempuan tu... lepas dah terbongkar... hubungan derang musnah.... hahah....rasekan tendangan padu maut dari aku.. perlu ke aku rasa bersalah atas perpisahan mereka??.. nop.. becoz itulaa balasan kepada org yg tak tahu menghargai perasaan aku... baik abg atau sape saja.... kalau aku dah dendam... tiada maaf bagimulaa..

Skang ni.. aku plak kene... sebab 'dia' nak kontek abg.. akupun tak pasti whether dia betul2 amik no abg kelmarin.. i hope not.. maybe bile keadaan dah kritikal baru dia kontek abg... or maybe skang ni dia percayakan aku... coz aku ade cakap.... aku perlukan masa.... hahahahh dah berapa banyak orang aku letak alasan 'bagi masa'... padahal.... same jek.. aku tak gunakanpun masa tu..

Sebenarnye ade sedikit keraguan sepanjang aku berkawan dengan mamat ni... namenye aku rahsiakan jeklaa yerk.. or kalau takpun aku panggey dia MD..Biasenye kalau aku musykil tentang sumbody tu.. aku akan mintak ic dia.. banyak kali aku mintak kt MD tapi dia tangguh... lagilaa aku pelik.. Dia ajak aku borak2 (mase ni aku dah benti nangis dah) sampai aku terlupa pasal ic tuh.. tapi mase dalam kete... aku tingat semula.. aku mintak lagi...

"kenapa nak tengok ic?"
"manelaa tahu... pendatang tanpa izin ke.. nape?? abg.. bangla eh..." aku cuba bergurau... well dia takdepun rupa banglaa.. saje jek nak nyakat.. dia diam... itu yg wat aku double konfius..

'eh takkan dia betul bangla kot... cakap mesia fasih jek... mukapun melayu asli..' aku berkata2 dalam hati..

"ic abg tak bawak... lesen adela.."
"laa dah kenapa tak bawak ic?? kang kene tahan polis kang.. sesia masuk balai"
dia tunjuk aku lesennye....aku cek2 betul laa og mesia.. hehe... cume.. aku musykil apesal ic dia lain..

"kenapa no ic abg lain?"
"abgkan special" jawabnye bersahaja..
"abg ni sape sebenarnye...??"
dia diam... ni yg wat aku geram ni..
"abg takleh cakap sapa abg..."
"hahhh?? kenapa plak?"
"sebab abg tak tau.. kotlaa yan ni tali barut.."
"wat???? tali barut sape?"
"cube yan cakap... ape tujuan yan nak tengok ic abg..."
aku..... takde jawapan.. ermmm juz nak cek jekla... sebab aku takut gak.. ade kes.. selama ni dia ingat bf dia tu lelaki.. tapi sebenarnye pempuan... hahhh tak ke kes naya... so far seme bf aku.. aku cek ic depa.. dengan abg aku tak cek.. sebab aku percaya kat dia... cume untuk org2 yg sembarangan jek aku akan cek..

"abg kene gak hati2.. dengan sapa abg berurusan.... kalau kene tahan tepi jalan sekalipun.. selagi dia tak keluarkan kad kuasa... abg tak akan tunjuk ic abg... ape hak dia nak tengok ic abg?? kalau ikutkan kuasa abg lebih besar dari dia..."
aku terkedu... so dengan kata lain.. aku takde haklaa nak tengok ic atau tahu siapa dia.. Tetibe jek aku jadi terase... yerlaa dah dia kata camtu.. cam aku ni menyibuk sangat...dan aku tambah sakit ati bile dah tahu hal sebenar... siapa dia tu soal kedua.. tapi dia tipu aku tu yg aku takleh terima.. aku ni mudah percaya kat orang.. so bile kene tipu... memang aku SAKIT ati giler ahh....aku marah giler waktu tu sbenarnye.... bile dah marah2 of courselaa aku nangis... nangis lagik!! aiyarkkk.... sambil bertekak... sambil airmata aku mengalir... dan dia... diam.. dia pegang tangan aku.. nak pujuk.. tapi aku tarik..

Akhirnya dia cerita juga pada aku.... sedetail2nye.....
"skang ni abg dah dikira bersalah... sebab bocorkan rahsia nih.... kawan abg tu.... dah kawin berapa tahun dah... bini dia langsung tak tahu tau..."
"so kalau bende ni bocor... abg carik yan... sebab yan dah bocorkan rahsia kerajaan.."
Tatutnyer.............Then dia cerita plak pengalaman2 dia yg lepas... ermmm macam2.... akupun tak sangka.. leh kenal dia.... seram gak seposen.....hehheheh...

Then dia antar aku ke pudu dan temankan aku tunggu bas.... dia tak jadik p keje..
"abg sayang keje abg... dan abg juga sayang yan... dua2 abg sayang... tapi dek kerana ada masalah dengan yan tadi.. yan merajuk.. abg kenelaa tumpu dan lebihkan yan...."
aku cuma tersenyum.. kalau camni.. leh ar aku buat selalu... sebab dia ni sibuk benar keje... sabtu ahadpun keje...

Bilerlaa agaknye aku nak pow famous amos ngan die....hehehhehhe....

Posted at 11:38 pm by missmanja
(2) Keping Nota  


~ gegaran????!!! ~

Aku tido agak lewat malam tadi.. rasenye kul 3 pagila... pasal tulaa aku bangunpun lambat... lg 5 minit kul 9 aku terjaga.. tengok2 hp ade msg dari abg.. aku tak amik port.. sebab yg aku sedar.. aku dah terlambat... mamposss... trus masuk toilet.. mandi lebih kurang.. trus p keje.. tak sempat cuci cage jerry... aku cume pindahkan cage dia kedalam takut ujan..

Aku pelik tul... apsal hp aku alarm dia tak bunyi??? ke aku yg tak sedar..

ermm pasal malam tadi.. aku sempat ym ngan sorang member aku kat teluk intan... len macam jek dia punye intro malam tdi... dia kata ade berita tergempar... dan aku ingat nak wat lawakla...

'nape.. tsunami ke?'
'tsunami lum lagila... tapi... gegar tu adelaa... tadi..'

aku konfius.. dia ni memainkan aku ke.. aku takdelaa layan sangat.. tapi dia cite gakla.. kul 12 lebih kat tempat dia ade gegaran.. skang dia tengah menggeletar.. ketakutan.. yg aku ni plak.. masih nak wat lawak..

'gementar pasai pa?? mesti nak jumpe awek idaman ni?'

then aku kene marah.. yer ahh dia tengah serius aku leh memain.. serius aku memang tak caya.. lagipun kawan aku sorang ni.. terkenal ngan lawak poyo dia.. so.. aku ingat dia sengaje nak kenekan aku... dia cite kat aku dia nak kontek.. sms n call semua orang tak dapat.. dia sendiri tak tahu kenapa...

Dia sorang mase tu... then kawan dia datang.. dia trus log out.. aku mintak dia tanye kawan dia.. betul ke gegaran tuh... dia suh aku sendiri tanye.. kawan dia tupun kawan aku sbenarnye...

Then aku cakap kat dia..
'arini baru 29hb...'
'kenapa plak?'

korang tau aku pk ape.... april fool... manelaa tahu.. budak giler ni nak kenekan aku.. tapi april fool lagik 3 ari... errkk tapi tak baik plakkan ntah2 memang betui..

'takde ape... selalu kan 26hb..'
aku cover balik ahh..

'yan tak percaya yer?'
dia prasan agaknya aku tak percaya...
'takpela.. esok mende ni mesti kecoh.. yan tengok ah berita atau dengar radio.. yan taulaa nanti..'
dia blah... aku terpinga2.. then sambung lak chat ngan member dia.. bende yg sama... tapi aku masih tak percaya... aku ingat depa pakat kenekan aku...

ya Rabbi.. apelaa aku ni...

siang tadi kat opis bile dengar Halim cakap pasal gegaran tu.. baru aku percya sebulat2nye.. rase bersalah sangt kat member aku malam tadi.. sebab aku tak percaya cakap dia...

tulaa selalu sangat kenekan aku.. skang jadik bebetul camni.. aku dah tak caya.... alaa macam gak kisah budak penipu yg jaga kambing tu..... korang penah dengar kan cite tu.. malala aku nak cite..

Hope kawan aku tu ok... ermm.. ciannya die...

Posted at 07:07 pm by missmanja
takkan bace jek kot..  


BAB II

Aku terjelepuk di belakang pintu. Melepaskan segala keperitan. Empangan airmata yg setelah sekian lame ku pertahankan, akhirnya pecah jua.. Aku dihantui kisah silam. Aku dibayangi kenangan lama. Aku dihimpit seribu satu perasaan. Kekecewaan, kebencian dan dendam bagaikan menguasai diriku kala ini.

"Ya Allah… berikan aku ketenangan..”
Doaku dalam hati.

Aku tak sepatutnya melepaskan kemarahanku pada Dayah. Dayah tak tahu apa-apa. Dayah tak bersalah. Sebaliknya akulah yang patut dipersalahkan. Aku yang terus-terusan menyimpan rahsia ini. Aku yang menyeksa diri kerana memendam semuanya sendiri.

Petang itu, aku keluar agak lewat. Aku tinggalkan Dayah sendirian di rumah. Kak Lily sudah 2 minggu tidak pulang. Bukannya aku tak mahu bawa dia Cuma aku rasa tak perlu sebab aku bukan pergi shoppingpun.

“Aku keluar kejap jek ni.. ko tak yahla ikut.. sibuk jek.. Ko masak lagi baik. Aku nak beli barang sikit jekla.”
Dayah mencebik mendengar kata-kataku. Beriya benar dia ingin mengikutku. Terlompat-lompat macam katak. Aku biarkan Dayah melayan perasaannya dan terus keluar.

“Bye….” Aku sempat melirik kearah Dayah yang sedang menarik muka. Dayah tak menyahut.
“Yerlaa.. yerlaa aku belikan ko famous amous yer..”
Mendengar kata-kataku baru Dayah mengukir senyum. Cheh! Bahya tul minah ni.. manjang nak makan rasuah,.. hahaha.. aku ketawa dalam hati.

Memang tak banyak barangpun yang nak dibeli.. Cuma writing pad dan beberapa alatulis untuk kegunaan pejabat. Famous Amous idaman Dayahpun sempat aku belikan. Selesai semua, aku mencari-cari majalah yg menarik. Sedang aku memilih dan melihat2… aku terpandangkan seseorang. Ya, aku kenal dia. Kenal benar. Seorang gadis melayu berambut lurus paras bahu sedang merengek2 minta dibelikan kasut idamannya.. Namun bukan dia yg menjadi perhatianku dan bukan juga dia yg aku kenali tapi jejaka disebelahnya. Ku kira dari kejauhan ini, kelihatan sang lelaki Cuma menurut kata sambil tersenyum. Ah bahgianya mereka. Memang aku kenal lelaki itu. Hajat untuk membeli majalah kulupakan sahaja. Aku keluar dari kedai buku tersebut, menyusun langkah kearah pasangan bahgia itu.

“Hai…” sapaku ringkas. Senyuman kuukir seindah yg mungkin.
“Hahh?? “ sang jejaka kelihatan kaget. Dia bukan tak nampak aku yang tengah terpacak depan dia ni, aku jadi pelik bilamana sepasang matanya itu sedang melingas mencari2 sesuatu.
“Kau…. Kau sorang ke shima??”
“Kenapa??? Ada org nak kidnap aku ke kalau aku sorang2??” Aku senyum sinis.

“Sape ni yang….” Minah gedik tadi pula menyampuk sambil tangannya merangkul erat pinggang si lelaki.
“err.. takde.. dia.. kawan lama… mase kat U dulu…honey.. u tunggu kejap yer” Sang jejaka menarik lenganku ketepi.

“Eh ape tarik2 aku ni…”
“Ko cakap betul dengan aku, mana Dayah?”
“Kenapa?? Takut?? Takut tembelang pecah??.. takut kantoi??”
“Aku takde masa nak bersoal jawab lagi dah… Cuma aku nak ingatkan ko, aku tak nak Dayah tahu hal ni… Itu tanggungjawap ko.. Kalau ko pecahkan rahsia ni… Ko takkan selamat Shima..”
“Lelaki macam ni pun ada yerk dalam dunia ni..” sindirku.
“Cik Shima… ada baiknya.. ko balik… sebelum tangan aku naik..” balas Ilham menekan suaranya sambil menolak bahuku dengan telunjuknya..

‘Sial punye lelaki..’ Gerutuku dalam hati seraya beredar dari situ..

Sebaik sahaja aku sampai dirumah, Dayah awal2 lagi sudah membuka pintu. Berlari2 mendapatkan famous amous kegemarannya.

“Ko kata tak lama… apelah dekat 2 jam. Ko pergi mane?”
“Aku… aku terjumpa kawan lama aku tadi.. Borak-borak pastu baru aku balik..”
“Kawan mane?? Aku kenal ke?”
”Alaaa.. kawan mase aku kat UITM dulu..”
“Owhh…..” balas Dayah seakan tidak berminat lagi untuk mendengar ceritaku. Dia berlalu membawa famous amous.

Kalaulah dia tahu kawan yang aku jumpa tu Ilham… Tak tahulah soalan apa yang keluar dari mulutnya nanti.

Sebenarnya selepas kejadian itu, kerap juga aku terserempak dengan Ilham. Yang pasti setiap kali itu juga, gadis yang mendampinginya bertukar rupa.. bertukar gaya. Ilham memang tak pernah berubah.. Aku terkilan kerana pernah mengenalinya.

“Ingat Shima.. Kalau aku tahu Dayah tahu… Aku akan carik ko.. Bukan orang lain.. Ko paham?” Ugut Ilham entah untuk ke berapa kali. Aku sendiri pelik.. Tak pernah pula Dayah terserempak dengan Ilham ni… Bandar KL ni bukan besar sangat. Tapi boleh jadi juga, sejak hubungan mereka dingin, Dayah jarang keluar rumah. Balik dari kerja, rumahla tujuan utamanya.

Bukannya aku tak kesian melihat keadaan Dayah, Aku sebenarnya takut…aku takut.. kalau-kalau aku jelaskan hal yang sebenar… Dayah tak boleh terima. Dayah tak akan mempercayaiku kerana Dayah terlalu sayangkan Ilham. Aku paham itu sebab aku juga pernah berada ditempat Dayah. Aku menyayangi dia hingga hampir memakan diriku sendiri. Tapi semua tu Dayah tak tahu. Dayah tak pernah tahu kisah silam aku.

“Shimaa!!!! Shimaaa!!!!” Aku terdengar ketukan bertalu-talu diluar bilikku. Namun aku masih diam. Cuba menyeka airmata yg tak henti mengalir. Betapa aku merasakan kekecewaan yg maha hebat apabila terkenangkan dia. Sesalan kian menghinggapiku, menyesal kerana menyintainya dulu.

“Aku mintak maaf Shima…” Aku memandang anak mata Dayah yg jernih.
“Tak perlu…” Aku menggeleng. Anak mata Dayah tepat memandangku. Aku tunduk sambil melepaskan keluhan kecil.
“Tapi kenapa?? Aku dah buat ko marah… Aku tak tahu kenapa.. aku Cuma nak mintak maaf dengan ko..” Suara Dayah kudengar tenggelam timbul.. Bukan kerana suaranya yg lembut tapi kerana fikiranku yg mula menerawang kembali..
“Aku tak pernah tengok ko dalam keadaan macam ni.. Ko ceria.. riang.. menghiburkan.. tapi harini aku seolah2 berdepan dengan Shima yg berbeza.. Ko marah2 dan menangis.. Aku…..”
“Cukup Dayah… Betul ko nak tahu kenapa?” Beriya2 Dayah mengangguk. Sudah bersediakah aku untuk menceritakan segalanya? Bagaimana pula nanti dengan penerimaan Dayah?

Jeng.. jeng.. jeng….

BERSAMBUNG……..

Posted at 06:47 pm by missmanja
takkan bace jek kot..  


Monday, March 28, 2005
~ lagik kisah di ibukota~

cheh.... sebijik cam filem itam putih.. wakaka..

Cerita ni bersambung dari citer sebelumnya...
Masuk hari kdua d KL... pagi tu iya bangun awai..sebab dia ada meeting lagik... dia suh aku yg check out sebab dia takut tak sempat balik bilik.. dan dia gak ade pesan.. abg dia akan jemput aku nanti kul 12...

Aku siap2... kul 1145 aku dah check out.. aku tunggula kat luar tu.. dalm duk menunggu tu.. memacam ragam orang aku tengok... sampai satu ketika.. ade sorang awek ni kuar dari hotel... tak bawak banyak barang.. sebijik beg... dan juga beg tangan.. pastu tangan lak duk sibuk tekan hp.. dia pun menunggu tapi agak jauh.. yg menarik perhatian aku bukan ape... cara jalan budak tula... aku dah mula pk lain..ahahah... ni sebab terpengaruh ngan abglaa nih.... abg ske perati cara org jalan... ade jek bahan dia nak kutuk... lagi satu.. kalau couple.. dia selalu ejek.. if awek org tu tak lawa.... macamlaa aku lawa... dia tak tau.. kot orang kutuk aku...hehehhe..takpe.. aku tau.. aku masih comel n cute walaupn tak lawa.... heheh...pasan sungguh.

Berbalik pasal awek tadi.... pasai paa aku duk lekat perati dia??? pasai jalan dia tu ngengkang semacam.... dia tu nampak muda.. surelaa muda dari aku... aku agak dalam umur 21-22 kot.. kalau size badan lak.. lebih kurang cam tikah... (sape yg kenal.. kenal la.. tak kenal... takpe.. abaikan jek).. dari tempat aku berdiri sampai laa ke tempat dia menunggu tu aku duk perati.. memang kengkang.. pempuan jalan kengkang apa pasal??? hrmmm akal jahatku mule memikir yg bukan2... ntah2 projek malam tadi.. ehheheh... kalau abg ade same ni.. besh tul nak kepoh2.. dekat 10 minit pastu ade kete jmput dia.. aku puas cari port nak ushar lelaki tu tapi tak nmpak.. terlindung dek pokok... ishh... ekceli lelaki tu baru kuar dari parking.. so????? ehhehheh.. korang jangan pk bukan2.. biar aku jek pk bukan2 tau....

ermm lupe lak aku sebenarnye duk tunggu abg iya nila..lame siut... 45 minit aku diri kat situ baru dia sampai.. ermm dah puas dah kene ngorat ngan abg2 kat hotel tu... nak nangis jek aku rase.. betul2 cam kene buli...huh! Lepas amik aku.. jemput iya plak..

Aku sat jelaa tk tahan ngan abg iya ni.. kerek benor... ek eleh... menyampah tul aku bile sesekali dia mengeluarkan ayat2 poyo.. berbaur berlagak... bukan sikit2... contoh ayat..

"i tak biaselaa nak extend2 ni.. i dulu belajo.. on time mesti grad... i betul2 tak reti nak carry2 paper.. rase macam... ermm tak bolehla.. tak reti... dari diploma dulu camtu... masuk degreepun same.. trus grad.. " ini dialog dia ngan bini dia... sebab bini dia extend one sem mase kat uitm.

contoh ayat kedua..
"aku.. tak taulaa apsal.. skang ni aku tak boleh nak tengok tv yg kecik2.. mata aku berpinar.. gatal2 pun ade..kadang migrain..." ini dialog dia dengan adik dia, iya kawan akula... dia nak bitau kawan aku ni yg dia dah beli tv flat skrin yg besor tu..

contoh ayat ketiga
"aku tak men ahh p sogo.. tempat mat2 kelantan ngan tganu ni... ko tu lainla.. dapat pakwe sana... tu yg dah terkenan asik nak ke sogo jek.. geli betul akula.." ini juga dialog dia kepada iya... sebab iya punye bf org ganu.. terase aku beb... cisss....

"pasni kalau ko kawin ngan dia.... balik jb.... konfem kete bau ikan kering.. sotong kering.. jangan haraplaa ko nak pakai gen2 aku...abis tercemar gen2 aku nanti.....hahah" satu lagik dialog berlagak dia..

itu baru skit.. banyak lagik sampai tak ter recall dah.... aku tau dia konon nak bergurau tapi lebih banyak berlagak dari bergurau.. dan sedikit sebanyak... ade yg menyakitkan ati... seolah saje nak membangga diri.. bukan ke riak namenye tu.. patutlaa iya kenkadang camtu.. kalau lawan cakap ngan dia.. sokmo nak menang.. Dan si abg tu plak.. rase nak jek cakap padan muka.. pasal pe??? Gen2 dia meletup kat KLIA las week.. tak tau pasal ape.. tulaa berlagak sangat... skang pakai kancil... tupun sib baik ade kancil...

Aku teman iya shopping kat mid valley.. penatnyer....... nilaa pempuan bile shopping.. dia tak penat.. tapi org yg ikut dia yg penat.. aku nak beli bukan ade duitpun.. so jadik penasihat bergerak jekla... letih giler.. amik baju ni.. try.... pastu letak balik.. cuba plak baju lain.. tak berkenan.... pastu tak beli... pegi kedai lain... round.. masuk kedai lain.. dekat 10 kedai masuk... pastu baru masuk kedai memula tadi.. nak beli.. tapi tupun.. amik mase sejam lebih lagik memilih kaler plak..ayoyoooo...

Dalam iya duk memilih2 tu tetibe aku tingat abg tuah.... aku nak taip msg.. tibe2 tingat balik yg hp abg tuah.. takleh trime msg.. nak tak nak.. aku call..

"abg kat ner????"
"kat bank..." ermm arini sabtu..dah petang2 ni keje lagi ke abg aku ni...
"watpe kat bank.. merompak eh.." aku dengar abg tergelak..
"yan kt mane ni??"
"yan kat mid valley.. teman kawan shopping tetibe tingat abg.."
"owhhh dah sampai mid valley shopping baru ingat abg.."
"alaa.. oklaa tu... tadi nak bagi msg.. tak jadik tingat yg hp abg trouble.."
"dahtu bile nk datang sini...?"
"sini mane??"
"tempat abg nila.. bank ni hahh"
"nape?? nak bagi pinjam duit ke??" abg gelak besar... ok gak tukan.... kebetulan akupun tengah sengkek..
"jangan kata pinjam.. nak rompakpun boleh..."
dan macam biase gak.. bile aku tingat kredit ade tak banyak.. trus aku mintak diri.. hehheh..

lepas shopping... kami ke pudu.. aku teman iya.. dia nak balik jb petang tu... kul 7.. lepas iya naik bas... aku menapak ke luar.. tunggu member aku jemput..

Malam tu kami makan nasi lemak kat ct garden.. aku makan dua bungkus.. katenye pedas.. tapi aku rase biase jek.. then dia antar aku balik...

Esok pagi... kami sarapan same2.. aku ke toilet.. so aku tinggalkanla segala stuff yg ade... takkan nak angkut dengan beg2 sekali kot.. plannya aku nak balik jb tengahari nih... lepas dia antar aku.. dia trus nak p keje...

Balik dari toilet.. aku tengok dia tengah men bowling kat hp aku.. aku mintak dia antar aku cepat.. dia kata sebelum gerak.. dia nak tanye aku sumthing.. tapi aku leh agak dia nak tanye ape... aku rase pasal abg.. aku tau mesti dia ade baca sumthing dari hp aku tu..

"yan ade pakwe ke tak sebenarnye?"
aku senyum.... how to answer yerk.. kalau nak cakap takde tak boleh gak.. sebab aku still dengan abg... nak kata kami still couple.. tapi kami dah clash dah... errr ntahla.. akupun tak tau cane sebenarnye.. nak kata still couple ke... tak.. yg aku tau.. aku masih sayang.. pada aku lepas aku mintak clash aritu.. memang kami clash... tapi lepas tu... aku dah tak tau nak kategorikan hubungan kami ni cemane.. akupun tak tau samada abg nak kata aku masih awek dia ke bukan.... terpulang pada dia.. silap2 diapun confuse cam aku.. klau nak kata konfem kami dah clash.... tapi aku masih jumpe abg... dan aku masih mampu balas balik 'i love u' kalau abg mengucapkannya..

Cume aku raselaa kan.. abg tak kisah.. apepun kategorinya.. sebab abg penah cakap ngan aku.. biarkan jek kalau org kata kami dah clash... meaning.. dia tak kisahlaakan...tulaa pasal aku berani ngaku aku single.. sebab abg tak kisah....untuk ape dia kisah..sedang dia takkan jadik milik akupun..

"takde.." lame betul aku nak menjawap soalan tu...
"yan cakap bebetul ngan abg...." soalnya lagik.
"ade.. tapi dah clash.. cume skang ni cam sambung balik... tapi... ntahla..kejap ade kejap takde.." dan itulaa kebenarannya...
"kalau ade.. terus trang jela.. jangan main2kan abg.." aku yg pada mulanya tengah perati bende lain.. terus berpaling kat dia.. bila masa plak aku ade niat nak mainkan die... kite kawan ajekan..... aku dah bitau awal dulu.. aku nak kenal dia lebih lama.. aku tak katapun yg aku dah setuju nak couple ngan dia.. aku lum ade niat nak pasang baru... ehh niat tu ade.. tapi biarlaa aku yakin dulu orangnya...

Aku tak jawappun soalan dia tdi.. aku diam...
"abg sensitif bende2 camni yan...kalau dia bukan pakwe yan.. nape banyak btul mesej dia dalam ni..." sambil tu dia tunjuk kat akula segala toknenek isi perut inbox aku tu..
"tengok ni.. mesej2 baru lagik ni.. siap simpan dalam archieve.. miss u love u.. cayang yan.. rindu yan... ape ni???"
"fine.... yan masih sayang kat dia... tapi kami tak de jodoh... hubungan kami takkan kemana..."
"kalau dah tahu camtu.. kenapa teruskan...."
"salah ke yan sayang kat dia... bukan yan kawin ngan diapun..."
"takde orang leh bercinta lebih dari satu baik lelaki mahupun pempuan yan..."
"lelaki leh kawin 4kan..."
"yer.... tapi dia boleh sayang jek.. cinta cume satu... sedangkan nabi sendiri.. semua isteri dia sayang.. tapi dia cinta cume aisyah sorang.. walaupun aisyah tu paling nakal.. tapi ade istimewanya dia.." ermm dah masuk syarahan agama dah ni... ehhe...
aku diam lagik..
"yan takleh lupakan dia.. abg kena paham tu... yan sayang kan dia... itu jek.."
"kalau yan takleh lupakan dia.. macammane yan nak bina hubungan baru... yan tak boleh nak tumpukan hati yan pada seorang... itu akan merosakkan hubungan yan yg baru.."

tibe2 aku tersedar.. ade benarnye kata2 dia.. kerana abgkah yg buat hubungn aku dengan hairol... amy.... dan farrel tk bertahan... tapi abg tak salah... abg tak taupun aku ade hubungan dengan mereka... aku yg salah.. menduakan abg.. tapi kenapa?? sebab aku nak lupekan abg.. tapi aku tak boleh...sebenarnye waktu ni aku dah menangis...

"abg ni ape yan??? yan takleh lupekan dia.. jadik abg ni peneman yan sajela yer..." suaranya agak menekan....aku menangis dan menangis... aku menangis kerana aku terpakse melupakan abg.. aku menangis kerana akhirnya aku terpakse melepaskan abg...

"kalau abg tak percayakan yan... abg tanye ajeklaa dia.."
"baik... abg amik no dia.. abg akan tanye dia..."
hahhhhhhhhhh?? tibe2 terase berpinar mata aku.. dia betul2 nak kontek abg ke??

"yan jangan ingat abg tak berani buat..... sebelum nipun abg penah buat... dia buat abg... abg hancurkan hubungan dia.." aku menelan liur.. bukan kerana takut dengan kata2 dia.. cume aku terbayang macamana kalau dia berjaya menghubungi abg.. ahh tapi apelaa yg aku nak takutkan... abg bukan boleh buat ape... sebab aku buka bakal bini dia.. aku berhak atas diri aku... cume aku takmo bende ni jadi gado... itu jek..

dan paling utama pun.... aku blum ade hati kat sape2.. so jangan salah anggap... aku masih dalam proses pemilihan...

bersambung.........



Posted at 11:58 pm by missmanja
(1) Keping Nota  


~ bace jeklaa.. tak to nak buh title ape..hehe ~

aku kembali ke arena penulisan...heheh..
kalau nak cite pasal interview tu rasenye tak yahlaa kot.. sebab belum ade jawapannya... aku nak cite hari aku bertolak ke kl.... 24 march 2005.. bersamaan ari kamis... aritu aku tinggal sorang kat opis... mengkala jam 6.. aku masih sorang.. takkan aku nak tinggalkan opis yg lengang tu.. aku takde kunci.. aku tepon mr poh... suh sumone datang kunci opis.. tulaa sape suh tak bagi aku kunci.. kan dah susah.... dia suh aku tunggu.... tunggu?????

Aku ni nak p kl.. mane leh tunggu2... bas tak tunggu aku... kalau lambat.. make lambatla aku sampai kl.. so 15 minit aku tunggu... ati aku tak sdap.. kang ade kang aku tak p kl plak ni.. hampas tul.. dalam duk nunggu tu.. ati aku menyumpah2.. geramnyer... lembap tul.. masuk minit ke 20... aku trus lock pintu.. rapatkan grill.. trus blah.. was2 gak nak tinggalkan opis camtu.. tapi nak tunggu lebih lame tak dapek ahh.. dahlaa nak ke jalan beso tu jauh... aku toleh kiri toleh kanan.. takde sapa.. so aku berjalanlaa sekonyong2 ke jalan besar.. tahan teksi.. tunggu plak bas... dekat 20 mnit gak.. baru dapat sebijik bas.. huh! tupun bas tu round jb dulu.. nak tunggu bas terus ke larkin tak tola sampai kul bape...

Sampai larkin.. dekat kul 8.. aku tuju kaunter jelita... bas kul 9.. bajet2 kul 12 lebihlaa aku sampai kl..

oh ya petang tu daus tepon.. tanye aku jadik tak mai... maghrib tu tepon lagi tanye aku naik bas kul bape.. malam skit... dia tepon lagik.. tanye aku kat mane... memang itulaa daus.. risau bebenor.. kejap2 tanye... ade sekali dulu tu rasenye tiap stengah jam dia tepon tanye aku kat mane.. so far bf akupun takpenah buat camtu... hehhehe...

Tapi ntah kenapalaa kan... tetibe aku jadik tak sampai ati nak nyusahkan daus. so aku cakap kat dia member aku jemput... tapi kalau emergency kawan aku takleh jemput.. aku call dia...

"takpe... takpe.. call jek.." jawab daus ... lega aku..

Malam tu member aku jemput.. dan malam tu aku tak jadik lepak umah syida kat bukit jalil.. aku lepak hotel flamingo ngan iya.. Aku sampai lewat.. kul 110 gitula.. member aku bawa p makan.. walaupun aku tak lapo.. pas makan.. baru antar aku ke hotel.. teman aku sampai depan bilik iya.. sebab aku tak biase ngan hotel tu... (manja sebenarnye ehekk).. sib baik iya lum nyenyak..

Oh ya masa makan tu tetibe abg sms aku.. tengok tu.. ikut ske dia jek.. bile nak sms.. dia sms.. kalu tk senyaplaa untuk beberapa hari.. sabor jek aku.. sampai kat hotel tu.. aku mandi... mandi dalam bath tub ahh... ehheheh... sempat tepon abg jap.. jeleskan dia.. haahhah.. poyo tak aku..

"kat mane tu?"
"hotel flamingolaa.."
"ngan jantan mane plak ni.." siutnye tanye aku camtu..
"ngan sugar daddy baru.. hak hak hak.." aku ketawa mengejek sebenarnye.. saje nak memainkan abg.. sebab aku tau.. abg sebenarnye jeles.. tul tak abg?? aku tak ingat dialog lainlaa plak.. takpelaa.. tak penting...

Esoknya lepas interview.. aku trus balik bilik... iya kata dia balik tengahari tu.. so aku tunggu nak makan sekali ngan dia.. memang aku lapo.. tapi kul 1 camtu.. iya sms dia tak leh balik.. ade meeting petang.. abis aku?? uwaa kelaparan... dek kerana nak menahan lapar.. aku tido sepanjang petang sampai kul 6... iya baru balik...

Malam kami keluar... teman iya shopping kat ampang point then makan kat kedai mamak.. tupun dah kul 9 lebih rase aku... sampai bilik kul 1045.. ttibe aku tingat sumthing.. aku trus call abg..

"abg.... abg kat ner??"
"takdepun...."
ermm abg tau rupenye pasai pe aku tepon...
"takde ke??"
"takde.. yan pakai baju ape..."
talian terputus... aku call kali kedua..

"baju kelabu ehh..." soal abg..
"nape?"
"baju ape?"
"baju yanlaa..."
"kaler ape.." amboi abg ni.. kalau betulpun ade.. takkanlaa tak kenai aku.. takkan kot dalam tv muka aku berubah jadik sofea jane... tak menahan tul.. ahakks..

"kelabu.."
"yg cam kot tu.."
"a'ah... ade ke?"
"ade.. mase beratur.. tapi kejap jek.. kamera laju.."
tuttttttttttt..tutttttttttt... terputus lagik... aku dah malas nak call... menyampah..

aku segera msg abg..
'ni yg malas nak tepon ni.. geget jugak bateri tu kang'
'geget ah bateri ni.. ade kat ner tu?'

tetibe aku terpelik.. len macam jek soalan abg ni.. mesti nak skodeng aku nih.. hehe..

'ermm nape? ade bunyi pelik ke kat sini?'
cehh padahal aku kat hotel.. saje bagi ayat camtu bagi abg confuse n saspek skit.. ahahaa....

alaa org tanye jawab jekla.. tanye lain.. jawap lain plak..
aku mengekek sendiri.. abg dah marah tu... nampaknya abg dah mula tak percayakan aku..aku tingat msg abg sehari sebelum tu..

budak kecik ni walaupun kaki pendek.. tapi bile sampai kl.. jadi panjang kakinya.. huhuu banyak maksud tersirat abg tu... hehehhe.. walau apepun.. aku tetap menyakinkan abg.. yg aku cume duk kat hotel.. tak kemana2.. zaman 'tu' dah berlalu... chewahh... tak tau ah abg percaya tak.. tak kisah.. sebab skang ni kami saling tak percaya antara satu sama lain.. aku tak percaya kat dia.. tak percaya sebab mustahil dia takde sapa2 kat sane... selain aku kat sini..

Posted at 10:20 pm by missmanja
takkan bace jek kot..  


Don't buy Vista Security
Previous Page Next Page