qarmyla.blogdrive.com
http://qarmyla.blogdrive.com




missmanja
December 20th 1980  (Age 27)
Female
Johor Bahru




KliK UtK AFUNDI YAN!!


OrG TgH OnLiNe



Website Counters

Image hosted by Photobucket.com

~ YAN ~ ~ 20 DIS 1980 ~ SINGLEJOHOR BAHRU SECRETARIAL ASSISTANTSULONG DARI DUA BERADIK

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



||KriSDayANti||


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


SUDUT TELENOVELA
HELAIAN RINDU
nukilan ~ maya qarmyla


BAB I
BAB II
BAB III
BAB IV
BAB V
BAB VI
BAB VII
BAB VIII
BABAB (abis dahla..)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


KENYIR JOURNEY
8,9 & 10 ApRiL 2005


PART 1 ~ penantian dan perjalanan
PART 2 ~ nasi dagang, malam yg panjang & sepagi di kuala berang
PART 3 ~ yuhuuuu badak berendamm
PART 4 ~ BBQ ikan baung
PART 5 ~ Perpisahan


Sahabat2 Kenyir Journey
- all from mesra.net -
Image hosted by Photobucket.com




<< April 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30







--------SamuelrizaL--------




jOm BoRaK dEnGaN yAn!!










KUKATAKAN DENGAN INDAH - PETERPAN

kukatakan dengan indah
dengan terbuka
hatiku hampa
sepertinya luka
menghampirinya

kau beri rasa
yg berbeda
mungkin kusalah
mengartikannya
yang kurasa cinta

* tetapi hatiku
selalu meninggikanmu
terlalu meninggikanmu
selalu meninggikanmu

** kau hancurkan hatiku
hancurkan lagi
kau hancurkan hatiku
tuk melihatmu

kau terangi jiwaku
kau redupkan lagih
kau hancurkan hatiku
tuk melihatmu

back to *

membuatku terjatuh
dan terjatuh lagi

** membuatku merasakan
yang tlah terjadi
semua yang terbaik
dan terlewati
semua yang terhenti
tanpa kuakhiri





YM ID ~
maya_qarmyla

EMAIL ME ~
untapasir@yahoo.com

ADD FRIENDSTER ~
untapasir@yahoo.com






~.:JENGUK SAT:.~

.::esquento::.
.::atok::.
.::dadasweet::.
.::sumie::.
.::fairy::.
.::lang::.
.::shah::.
.::boss::.
.::lin::.
.::ND::.
.::aIn::.
.::zam::.
.::nani::.
.::kewl::.
.::huder::.
.::chesiti::.
.::moncherie::.
.::moghammer::.
.::sultanmuzaffar::.




~.:PORT BIASE YAN:.~


@YAHOO
@MeSrA
@DoWnLoAd
@SpEeDfInGeR
@SuRvIvOr
@AF
@MP3
@MP3
@LyRiCs
@SMTPJB97 (lum siap g)




~.:UPLOAD:.~


@OnFuEgO
@yOuTuBe
@GrEaTeStJoUrNaL
@SpYmAc
@PuTfIlE




~.:MILIKKU:.~



@FoToPaGe
@PhOtObUcKeT
@FreEwEbToWn








~|EDISI BERANGAN YAN versi JANUARI|~

~ balik kg toknek

~ keje keje keje..

~

~|MY FUTURE PLAN & DREAM|~

~ set up accounting firm..
or
~ buka tuisyen center..


Image hosted by Photobucket.com
CHARMED


Image hosted by Photobucket.com
SO LITTLE TIME


Image hosted by Photobucket.com
ONE TREE HILL


Image hosted by Photobucket.com
SCRUBS


Image hosted by Photobucket.com
ROSWELL


Image hosted by Photobucket.com
ED


Image hosted by Photobucket.com
8 SIMPLE RULES FOR DATING MY TEENAGE DAUGHTER










BLOGDRIVEMYSHOUTBOX
EASYHITCOUNTERSMALAYSIATOPBLOGS

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:






Sunday, April 24, 2005
~ BAB VIII ~

Aku melangkah ke muka pintu dan memulas tombol. Dayah kulihat sedang asyik menonton tv.

“Dayah… kenapa ko bergelap ni??” tiada sahutan. Aku memetik suis lampu dan menghampirinya.
“Ni famous amos ko.” Aku meletakkannya diatas meja. Dayah masih membisu, memandangku pun tidak. Namun aku tidak menyangka yang bukan-bukan. Aku teringat solat maghrib yang masih belum kutunaikan.

“aku masuk bilik dulu lah ye..” Senyap juga.

Selesai solat aku termenung diatas sejadah. Terimbau kejadian dihadapan rumah tadi. Keputusanku nekad. Keputusan ini kubuat bukanlah demi kepentingan ku sendiri tapi demi menjaga hati pihak-pihak yang lain juga.

“Nanti Am beritahu Dayah perkara yang sebenar.. Am datang sini sebenarnya selain nak bertemu Azi, Am juga nak memutuskan hubungan Am dengan Dayah..” Ujar Ilham sambil tersenyum.
“ape?? Jangan Am… jangan buat Dayah macam tu…”
“Habis tu… takkan Azi nak bermadu dengan Dayah pula..”

“Azi tak kata lagi Azi setuju bersama Am semula.. Azi tak sanggup lukakan hati Dayah dan juga Fitri. Mereka sebahagian dari kebahagiaan Azi selama ni” Aku memandang tepat ke anak mata Ilham agar dia memahami maksudku.

“Am ambillah semula cincin ini… Azi tak layak memakainya. Anggaplah antara kita tiada jodoh. Azi dahpun maafkan Am. Azi harap Am dapat lupakan semua kisah dan kenangan kita dulu.. dayah sebaik-baik wanita yang diciptakan untuk Am.. Peliharala dia dengan baik..” Aku meletakkan cincin itu didalam genggaman Ilham. Ilham bagai terpaku dengan perbuatanku.

“Satu saja permintaan Azi yang terakhir… Jangan lukakan Dayah lagi..” Ilham tunduk. Aku tak pasti samada tunduknya itu tanda dia sudah mula menginsafi perbuatannya atau sebaliknya.

“Assalamualaikum..” Aku terus melangkah meninggalkannya. Kepuasan jelas tergambar di riak wajahku.
“Azi!!!” Panggilan Ilham tidak kuhiraukan.
‘Selamat tinggal sayang…’ Bisikku didalam hati. Pemergianku kali ini tidak lagi diiringi airmata.

Aku melipat telekung dan menyangkut sejadah ditempatnya. Aku menyisir rambut yang sedikit kusut. Selesai memperkemaskan diri aku keluar semula mendapatkan Dayah.

Aku perhatikan bungkusan famous amos yang tidak berusik. Saat ini baru hatiku terusik. Dayah yang kukenali takkan sekali-kali membiarkan famous amos kegemarannya begitu. Kadang-kadang belum sempat kuhulur, dia sudah terlebih dahulu menyambarnya. Dan baru aku perasan kedinginannya sejak aku mula melangkah masuk awal tadi.

“Aku salah beli famous amos ko ke?” Dayah tetap juga seperti tadi membisu seribu bahasa.

“Dayah…….” Aku menegurnya lembut. Aku mula risau melihat keadaanya itu.

“Ape hubungan ko dengan Ilham?” Serentak itu mata Dayah terbeliak memandangku.
“Aku Tanya…. Apa hubungan ko dengan Ilham??” Dayah seolah-olah ingin menengkingku.
“Ilham… err… Ilham dengan aku…”
“Cakaplah!!! Kenapa ko tergagap-gagap aahh!??”
“Dayah… kenapa ko tengking aku macam tu sekali… aku dengan Ilham takde apa-apa..”
“Owhh sekarang ko tak mahu mengaku pulak.. Ko ingat aku tak nampak ko berpelukan dengan Ilham tadi??”
Aku tersentak. Dayah nampak kejadian tadi??
“Aku nampak Ilham datang. Aku excited ingatkan Ilham datang nak jumpa aku. Tapi sebenarnya tidak.. Dia datang untuk kokan? Aku dah nampak kebenarannya sekarang. Cuma aku tak dapat lihat kesemua adegan asmara kamu berdua.. Aku tak sanggup membiarkan hati aku terus dicarik-carik kawan sendiri..” Aku nampak airmata Dayah mula mengalir. Pastinya dia terluka. Tapi dia dah salah sangka.

“Jadi ko tak lihat kesemuanyakan??”
“Kenapa? Apa bezanya? Supaya aku lebih sakit hati?”
“Dayah… bukan macam tu… Ko dah salah sangka sayang…” Aku memegang lembut bahunya.
”Don’t sayang sayang me!!” Dayah menolak tanganku keras.
“Pandai ko berlakon yer Shima… Patutlaa ko tahu lauk kegemaran Ilham.. Ko nak tackle dia.. Ko nak rampas dia dari aku sebenarnyekan?”
“Dayah please….” Aku cuba memujuknya supaya bertenang.
“Dah berapa lama ko buat hubungan dengan dia?”
Aku diam sambil dalam hati menyusun kata. Takut juga nanti kata-kata yang terluah bakal meledakkan lagi api kemarahannya.

“Hubungan aku dengan dia dah lama berakhir. Aku takde niat nak rampas dia dari ko.”
“Apa maksud ko dah lama berakhir?”
“Dia bekas tunang aku.”
“wat??? Jadi dia tunang yang ko cerita pada aku dulu?”
Aku mengangguk..
”tapi Ilham tak pernah ceritapun dia pernah bertunang..”
“percayala Dayah.. dia bekas tunang aku. Semuanya dah berlalu. Kami takkan dan tak mungkin bersatu lagi. Lagipun aku dah ada Fitri..”
Aku nampak Dayah bingung. Mungkin fikirannya bercelaru kerana semuanya berlaku dalam sekelip mata. Akhirnya rahsia yang sekian lama aku simpan terbongkar jua demi untuk menyelamatkan hubungan Dayah dan Ilham.

Mungkin sikapku sebelum ini membuatkan Ilham keliru. Mungkin Ilham menyangka aku ingin mengganggu hubungannya dengan Dayah. Mungkin padanya aku masih menyintai. Hakikatnya aku buat begitu kerana Dayah. Aku risau kalau-kalau Ilham buat perangai. Aku tak mahu lihat Dayah kecundang kerananya.

“Maafkan aku Dayah…Aku benar-benar berharap Ilham akan berubah. Semoga dia sedar kemurniaan cinta ko padanya…”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Selesai solat subuh tiba-tiba aku teringat Fitri. Aku jadi hairan kenapa dari sejak malam tadi dia tak menghubungiku. Aku mencapai telefon bimbit diatas meja solek. Panggilan pertama tiada jawapan. Aku cuba lagi. Masih tiada sambutan. Kuhubungi pula telefon bimbitnya.
“The number that you called is out of coverage”

‘Aik! Kenapa out of coverage pulak ni?’

Aku tak puas ati selagi tak dapat mendengar suara Fitri. Kerisauan mula menguasai. Takut terjadi apa-apa yang tak baik padanya. Aku mencari nombor telefon pejabatnya pula. Kudail dengan penuh berhati-hati. Masih tiada sambutan. Sekali lagi. Tiba-tiba talian bersambung.

“Hello!” Suara serak-serak basah dihujung talian menyambut panggilanku.
“Abang!!!!!”
“Eh sayang….. kenapa?”
“Abg betul-betul tido kat ofis rupenye.. Saya ingat abg main-main..”
“Abg tertidola sayang..”
"hp abg mane?"
"hp??? ehh kat mane ekk.. dalam kete kot... kan bateri kong..."
"abg ni macam2la.. buat saya risau jek.. penat call umah tadi.."
"hehe.. sori..."
”dah solat belum ni?”
“Nasib baik sayang call.. kejap lagi abg solat..”
“Oklah… abg ok ke?”
“Ok… tapi abg mimpi ngerila tadi..”
“Mimpi apa?”
“uwaaaaaaaaaaaaa takmo cakap….”
Aku ketawa kecil.. mendengar suaranya yang seakan budak kecil.

“ish abg ni mengadanya.. macam mimpi antu jek..”
“Lebih ngeri dari mimpi antu..”
“hehe… dahla tu bang… Pegi solat sana..”
“Jap.. sayang abg tak?”
“eii abg buat tebiat ke pagi2 buta ni?”
“Sayang tak?”
“Sayaaaang…………..ehehehehe” aku pula yang tersengih sendiri macam kerang basi.

BERSAMBUNG.......



Posted at 11:59 pm by missmanja

Posted by yan @ 09/19/2005 09:24 PM PDT
yes.. memang hasil rekaan dan idea asal akak....
Posted by nurul @ 09/19/2005 03:17 PM PDT
erm..best nya..sis reka ke cita nih?
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry